CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3820|Reply: 0

[Sabah] Chery Malaysia kini memasuki pasaran Sabah

[Copy link]
Post time 17-3-2024 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 17-3-2024 09:39 AM



RASMI: Chok (tengah), Lee dan Roland (kiri) ketika bersama-sama menyempurnakan gimik perasmian di majlis itu.

KOTA KINABALU: Chery Malaysia kini memasuki pasaran Sabah dengan pelancaran ruangan galeri pertamanya di negeri ini.

Selain itu, dengan keluasan 1,400 meteri persegi, ia juga menempatkan pusat perkhidmatan berkonsepkan 3S di sini.

Terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. Perniagaan berkenaan dimiliki dan diusahakan oleh rakan pengedar iaitu Universal Chery Sdn Bhd.

Keluasan bangunan berkenaan memberikan pengalaman komprehensif kepada pelanggan untuk melihat sendiri kenderaan yang ditawarkan, perkhidmatan pelanggan dan penyelenggaraan.

Pusat penyelenggaraan juga menyediakan lapan kawasan ruangan perkhidmatan yang dikendalikan juruteknik terlatih Chery dan mampu untuk menyelenggara sehingga 830 kenderaan setiap bulan.

Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang berkata, pihaknya gembira kerana berjaya melebarkan sayap perniagaan di Sabah, sekali gus meluaskan lagi rangkaian perniagaan di seluruh Malaysia.

Katanya, usaha itu akan memberikan peluang masyarakat Malaysia untuk memiliki pelbagai jenis kenderaan yang diinginkan.


MENARIK: OMODA 5 yang dilihat lebih menarik dan kini berada dalam pasaran Sabah.

"Ruangan galeri baharu dan pusat perkhidmatan ini adalah komitmen syarikat ini dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan di Sabah," katanya ketika dalam Majlis Pelancaran Galeri Chery Malaysia di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Chery Group of Companies, Datuk Chok Yun Kiong berkata, Chery diperkenalkan di Kuala Lumpur lapan bulan lalu.

"Saya gembira hari ini, pasaran Sabah khususnya di sini telah mempunyai ruangan galeri pertama kenderaan Chery, sekali gus menjadi cawangan ke 40 di seluruh Malaysia.

"Kepada pelanggan kita di Sabah, saya memberikan jaminan bahawa Pusat 3S di sini akan memberikan perkhidmatan terbaik dan kualiti yang setaraf dengan semua cawangan Chery peringkat global," katanya.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Dr Roland Chia Ming Shen.

Chery Automobile Co., Ltd. adalah pengeluar kenderaan utama China yang ibu pejabatnya terletak di Wuhu, China.

Pada ketika ini, Chery Malaysia, turut memasarkan kenderaan dengan modal terkenal iaitu OMODA 5 dan TIGGO 8 Pro.

Selain itu, Kenderaan Elektrik (EV) pertama syarikat itu, OMODA E5 turut memasuki pasaran negara.

Ruangan galeri di sini dibuka setiap hari dari 8.30 pagi sehingga 6 petang (Isnin sehingga Jumaat) dan 8.30 pagi sehingga 4 petang (Sabtu), serta 10 pagi sehingga 3 petang (Ahad dan Cuti Umum).

Pusat perkhidmatan pula dibuka dari jam 8 pagi sehingga 5 petang (Isnin sehingga Jumaat) dan 8 pagi sehingga 3 petang (Sabtu). Ia ditutup pada Ahad dan Cuti Umum.

Untuk maklumat terkini mengenai pengedaran Chery di Malaysia, boleh melayari https://www.chery.my/dealer atau mengunjungi ruangan galeri di sini.


ALBUM: Para tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan dihadapan Bangunan Galeri Chery di sini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.899754 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list