CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4746|Reply: 0

[Johor] 'Bayar zakat fitrah kadar lama walaupun guna beras import'

[Copy link]
Post time 17-3-2024 04:18 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Fared (tiga dari kiri) ketika mengumumkan kadar zakat fitrah di Johor tahun ini. - Foto NSTP/Alias Abd Rani

BATU PAHAT: Umat Islam di Johor yang terpaksa menggunakan beras import berikutan ketiadaan beras tempatan dibenarkan membayar zakat mengikut kadar lama, sama seperti menggunakan beras tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata langkah itu diputuskan kerana pembelian beras import bukan pilihan utama pengguna Islam di Johor pada ketika ini susulan ketiadaan bekalan.

Katanya, walaupun pengguna terpaksa membeli beras import, namun ia boleh dianggap mengguna beras tempatan memandangkan keputusan dibuat itu bukan atas kehendak mereka.

"Saya difahamkan dan juga dinasihati oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad agar pengguna berpandukan kepada simpanan beras di dapur masing-masing sebelum membayar zakat.


"Jika kita pengguna beras tertentu, maka seelok-eloknya kita bayar pada kadar penggunaan jenis beras terbabit.

"Namun, kita percaya apabila tiada pilihan yang mana pengguna terpaksa membeli beras sedikit mahal, bukan disebabkan nak sangat beras itu, tetapi ketiadaan stok di pasaran, maka dia layak kekalkan pembayaran zakat fitrah pada kadar lama," katanya.

Justeru, Mohd Fared menasihatkan agar mereka membayar zakat mengikut kemampuan masing-masing.

Untuk rekod, Johor memperkenalkan tiga kadar termasuk yang baharu RM20 selain mengekalkan dua kadar lama, RM7 dan RM12.

Penetapan kadar baharu zakat fitrah RM20 khususnya untuk umat Islam di negeri ini yang menjadikan makanan hariannya beras selain jenis Super Tempatan (beras import) seperti beras Super Wangi dan beras Basmathi.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan penetapan harga zakat fitrah adalah berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis dimakan kebanyakan penduduk Islam di negeri ini.

Ia juga mengambil kira kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram, harga beras dan peratusan penggunaannya diperoleh daripada Bahagian Kawalselia Padi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, pemborong dan peruncit yang ada di sekitar Johor.
https://www.bharian.com.my/berit ... n-guna-beras-import

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.344105 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list