CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4755|Reply: 0

[Perak] Upah lumayan hantar syabu RM2.57 juta

[Copy link]
Post time 17-3-2024 04:11 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Khaw Kok Chin dalam sidang media sempena kejayaan operasi serbuan tangkapan serta rampasab dadah syabu bernilai RM2.57 juta di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, di sini hari ini. FOTO MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN SURI

Kuala Kangsar: Operator kilang memperoleh upah sehingga RM50,000 apabila bertindak sebagai 'transporter' untuk menghantar bekalan dadah jenis syabu seberat lebih 51 kilogram (kg) bernilai RM2.57 juta.

Bagaimanapun, kegiatan lelaki itu bersama seorang rakannya terbongkar apabila ditahan polis dalam serbuan di daerah ini, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Khaw Kok Chin berkata, serbuan dijalankan sepasukan anggota JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak kira-kira 4.10 petang.

Menurutnya, hasil maklumat, pihaknya melakukan intipan selama 30 minit ke atas sebuah bangunan, di sini, yang dipercayai menjadi lokasi persinggahan suspek.



Katanya, kedua-dua suspek berusia 33 dan 31 tahun muncul di lokasi dengan menaiki kereta Mercedes Benz membawa muatan syabu yang diletakkan dalam tiga beg berasingan dalam but belakang kenderaan itu.

"Pemeriksaan pada bonet belakang kereta yang dipandu suspek berusia 31 tahun itu menemukan tiga beg berzip warna hitam.

"Dua beg masing-masing berisi 17 bungkusan berwarna oren disyaki mengandungi methamphetamine atau syabu serta sebuah beg hitam berisi 16 bungkusan dadah sama.

"Jumlah rampasan dadah disyaki syabu itu adalah seberat 51,501 gram (51.5kg) dianggarkan bernilai RM2.57 juta, sekali gus rampasan dadah terbesar di Perak, tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, Ketua JSJN Perak Asisten Komisioner Lee King Chuan dan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisiomer Omar Bakhtiar Yaacob.

Kok Chin berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 33 tahun diberi upah RM50,000 bagi setiap penghantaran dadah, manakala rakannya yang juga jurupendawaian diberi upah RM500 sahaja.

Menurutnya, sindiket itu mendapatkan bekalan dadah di negeri sebelah utara dan diseludup menggunakan kereta untuk pasaran di negeri ini termasuk Kuala Kangsar.

Katanya, jumlah dadah yang dirampas dianggarkan mampu menampung permintaan sehingga 500,000 penagih, dengan sindiket itu dipercayai mula aktif sejak empat bulan lalu.

"Saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif methamphethamine dengan operator kilang itu turut mempunyai rekod lampau pelbagai kesalahan berkaitan dadah.

"Kedua-dua suspek direman tujuh hari sehingga 23 Mac depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Katanya, pihak polis turut merampas kereta terbabit selain meneruskan siasatan untuk mengesan saki baki ahli sindiket itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ar-syabu-rm257-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.529112 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list