CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4781|Reply: 0

[Johor] Lelaki didenda RM6,500 mengaku pecah rumah, miliki barang kemas curi

[Copy link]
Post time 17-3-2024 04:07 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Syaari dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Batu Pahat selepas didenda RM6,500. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: "Tadi orang (mangsa) sama ke? Maafkan saya kerana bertanya," demikian reaksi lelaki yang berdepan empat pertuduhan termasuk pecah rumah serta memiliki barang kemas curi antara Februari dan bulan ini.

Tertuduh, Muhammad Syaari Yusof, 34, membuat pertanyaan itu ketika jurubahasa membacakan pertuduhan keempat iaitu mencuri barang kemas berupa rantai milik seorang wanita.

Muhammad Syaari berhadapan dua pertuduhan mengikut Sesyen 411 Kanun Keseksaan, didakwa menyimpan harta curi berupa rantai dan gelang tangan di sebuah rumah di Parit Jidin, Parit Sulong, pada 7.30 malam antara 8 dan 10 Mac lalu.

Bagi pertuduhan ini, dia berhadapan hukuman penjara lima tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, bagi setiap pertuduhan.


Dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 448 dan 453 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kediaman di Taman Mutiara Perdana dan Jalan Peserai, Batu 1, di sini, pada 4 petang dan 3.20 pagi, 27 Februari serta 8 Mac lalu.

Bapa kepada dua anak itu boleh dikenakan penjara sehingga tiga tahun dan denda, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 448 manakala penjara dan denda bagi Seksyen 453 kanun sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid, manakala tertuduh diwakili Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM6,500 bagi keempat-empat pertuduhan dan penjara sembilan bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-barang-kemas-curi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.410378 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list