CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6919|Reply: 0

[Selangor] Kecewa sambal nasi lemak guna sos cili

[Copy link]
Post time 17-3-2024 11:35 AM | Show all posts |Read mode


Tangkap layar video yang dimuat naik pengguna terbabit di TikToknya.

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati apabila sambal nasi lemak yang dibeli di sebuah bazar Ramadan hanya menggunakan sos cili yang langsung tidak ditumis.

Menurut perkongsian wanita tersebut dikenali sebagai @haeshwana di TikTok, sambal nasi lemak itu didapati cuma campuran sos cili dan sos tiram sahaja.

Difahamkan, nasi lemak itu dijual sebuah bazar Ramadan di Puchong dan ini bukanlah video pertama tular mengenai makanan-makanan yang dijual di sana.

“Sambal nasi lemak dia hanya sekadar sos macam ni sahaja. Dia tak masak, tak letak bawang. Aku tak faham, bulan ni bulan Ramadan.

“Sepatutnya pahala kau bertambah tapi tak, ni kau jual lepas tu dosa kau makin tambah. Sebab apa? Sebab semua orang maki makanan kau. Jaga-jaga siapa yang beli nasi lemak dekat bazar ni,” katanya.

Sehingga kini videonya mendapat lebih 834,300 tontonan, 31,200 tanda suka dan 2,114 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai sudah ‘terkena’ apabila terbeli makanan di bazar-bazar Ramadan yang mempunyai rasa tidak memuaskan selain harganya yang mahal.

“Semalam dekat bazar yang sama, orang kecoh dekat media sosial ada yang terbeli ayam busuk. Ramai dah terkena,” komen Aini.

“Tak pandai tak apa, janji jangan berniaga dekat bazar Ramadan,” komen Arif.

“Semalam beli martabak, isi dia senipis iman ya. Macam makan lempeng pun ada. Dahlah mahal, baik makan roti canai kat kedai mamak,” komen pengguna lain pula. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... emak-guna-sos-cili/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.074726 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list