CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8100|Reply: 0

[Perak] Surat layang: Polis terima laporan seorang doktor lelaki HRPB

[Copy link]
Post time 17-3-2024 10:41 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

IPOH: Polis menerima laporan daripada seorang doktor lelaki di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, berkait penyebaran surat layang dalam media sosial yang didakwa memburukkan namanya.

Ketua Polis Daerah Ipоh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata doktor lelaki berusia 43 tahun itu membuat laporan berkenaan, semalam.

"Hasil siasatan awal mendapati surat layang yang tersebar itu menuduh doktor lelaki berkenaan dan beberapa staf lain melakukan perbuatan terkutuk, khususnya terhadap doktor pelatih yang bekerja di Jabatan Ortopedik HRPB," katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu, Yahaya berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.



"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan Fadli Ahmad, melalui talian 019-2500019 untuk membantu siasatan.

"Polis menasihati orang ramai agar tidak sewenang-sewenang mengeluarkan kenyataan berunsur khabar angin atau fitnah yang boleh menjejaskan kredibiliti seseorang," katanya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Kesihatan Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha, dilaporkan berkata pihaknya menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas susulan dakwaan salah laku gangguan seksual serta ugutan membabitkan kakitangan HRPB.

Sebelum itu, tular surat layang yang dimuat naik dalam Facebook dan X yang meraih perhatian warganet, dengan mendakwa doktor terbabit sering melakukan gangguan seksual terhadap doktor pelatih wanita, khususnya di Jabatan Ortopedik, dan mengugut untuk memanjangkan tempoh latihan mereka. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... -doktor-lelaki-hrpb
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.069833 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list