CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7520|Reply: 0

Han So Hee mengaku bercinta dengan Ryu Jun Yeol

[Copy link]
Post time 17-3-2024 10:12 AM | Show all posts |Read mode

So Hee (kanan) kini sedang bahagia bersama Jun Yeol.

PELAKON Han So Hee akhirnya mengakui kini dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Ryu Jun Yeol.

Terbuka berkongsi berita tersebut, So Hee, 30, memberitahu mereka bertemu dalam sebuah acara pameran fotografi tahun lalu namun mula rapat sebagai kekasih sekitar awal tahun ini.

Pengakuan tersebut juga sekaligus menolak dakwaan kononnya dia menjadi orang ketiga yang menyebabkan hubungan Jun Yeol bersama bekas kekasih iaitu pelakon Hyeri putus.



So Hee secara terbuka memohon maaf kepada Hyeri (kanan).

"Benar kami sedang bercinta. Kami berjumpa dalam satu acara pameran. Saya menegur dia kerana mendapat tahu kami akan bekerjasama dalam sebuah projek.

"Kami mula bercinta awal tahun 2024 dan hubungan dia terputus dengan Hyeri awal awal tahun 2023. Namun kisah mereka berpisah hanya keluar pada November tahun lalu. Disebabkan tahu dia sudah putus, saya yakin dengan perasaan sendiri," katanya.

So Hee menulis luahan tersebut dalam satu perkongsian di blog peribadi miliknya bagi menjawab dakwaan hubungan mereka yang menjadi tanya tanya ramai peminat.


Dalam masa dia juga memohon maaf kepada Hyeri kerana sebelum ini dia pernah berkongsi status di Instagram seolah-olah menyindir pelakon berkenaan.

"Saya akui perkongsian saya itu sangat bodoh. Saya tidak mahu khabar angin yang mengatakan saya bercinta dengan Jon Yeol sebelum dia berpisah.

"Saya mohon maaf kepada Hyeri kerana tidak bertindak dengan matang. Saya hanya mengikut perasaan tanpa berfikir," ujarnya.

Sebelum ini kisah khabar angin tentang So Hee dan Jun Yeol mula menjadi bualan ramai selepas mereka dilihat bercuti di Hawaii.

https://www.mstar.com.my/spotlig ... ih-tinggalkan-hyeri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.053949 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list