CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6076|Reply: 0

Peluang Haikal-Hon Jian tambah koleksi kejuaraan

[Copy link]
Post time 17-3-2024 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 17-3-2024 09:49 AM


Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian akan bertemu beregu Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani pada final Masters Orleans malam ini.





KUALA LUMPUR: Beregu lelaki muda negara, Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian berpeluang menambah koleksi kejuaraan mereka dalam saingan Jelajah Dunia BWF.

Ini selepas pasangan ranking ke-40 dunia itu berjaya melangkah ke final kejohanan Masters Orleans di Orleans, Perancis, awal pagi tadi.
Haikal-Hon Jian mara selepas menewaskan beregu Denmark, Andreas Sondergaard-Jesper Toft 21-18, 21-16 dalam masa 37 minit pada aksi separuh akhir di Palais des sports.

Mereka yang diletakkan sebagai pilihan keempat dijadual bertemu pilihan keenam dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani pada perlawanan akhir malam ini.


Sebagai rekod, ia adalah final pertama mereka musim ini selepas terkandas di pusingan awal dalam dua kejohanan sebelum ini - Masters Indonesia dan Masters Thailand.

Bagaimanapun, ia final keempat mereka dalam saingan Jelajah Dunia BWF sejak digandingkan pada Ogos tahun lalu dengan mereka muncul juara di Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi dan Masters Guwahati di India pada Disember tahun lalu.


Haikal pernah melangkah ke final Masters Orleans pada edisi 2022 tetapi bersama Wan Arif Wan Junaidi.
Mereka bagaimanapun terpaksa menarik diri daripada aksi final dan berpuas hati dengan gelaran naib juara selepas Haikal diuji positif COVID-19.
Sementara itu, beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin terkandas pada separuh akhir selepas tewas di tangan pasangan China, Cheng Xing-Zhang Chi dalam pertarungan tiga set.

Pang Ron-Su Yin menang 24-22 di set pertama tetapi gagal mengekalkan momentum itu apabila tewas dua set berikutnya 16-21, 25-27 sekali gus terlepas peluang untuk melangkah ke final.

Masters Orleans bertaraf Super 300 dan menawarkan hadiah wang keseluruhan AS$210,000 (kira-kira RM988,000).

https://www.bharian.com.my/sukan ... h-koleksi-kejuaraan



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.044358 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list