CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12036|Reply: 1

[Wilayah Persekutuan] Harga tiket penerbangan balik raya ke Sabah paling tinggi RM832.80

[Copy link]
Post time 16-3-2024 04:56 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Harga tiket penerbangan ke Sabah sempena Aidilfitri pada 10 dan 11 April ini menunjukkan penawaran tidak menentu atau sekata bagi penerbangan sehala dengan tertinggi mencecah sehingga RM832.80.

Bagi penerbangan ke Sarawak pula daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu, ia ditawarkan sehingga harga RM396.47.

Tinjauan BH menerusi aplikasi tempahan Airpaz setakat jam 12 tengahari tadi, mendapati harga tiket paling murah ditawarkan dari KLIA ke Kota Kinabalu (KK) pada dua tarikh itu adalah RM384.12 manakala RM304.41 (KLIA-Kuching).

Selain itu, semakan di aplikasi sama, mendapati



pada tarikh antara 3 April hingga 9 April menunjukkan harga yang ditawarkan juga tidak menentu.

Harga tiket paling tinggi ditawarkan mencecah sehingga RM2,909.70 (kelas perniagaan) iaitu pada 6 April bagi penerbangan sehala daripada KLIA ke KK.

Harga paling murah pula bagi tempoh berkenaan adalah RM882.48 (kelas ekonomi) bagi destinasi KLIA-KK.

Daripada KLIA ke Kuching, harga tiket penerbangan sehala tertinggi yang ditawarkan pada 6 April adalah RM1,878.24 manakala RM442.27 bagi paling murah.

Semua harga tawaran tiket penerbangan itu bergantung kepada syarikat penerbangan yang tersenarai dalam aplikasi Airpaz termasuk Air Asia dan Malaysia Airlines.
https://www.bharian.com.my/berit ... ling-tinggi-rm83280
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2024 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Beraya dengan lagu dendang perantau jela nampaknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.056429 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list