CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11431|Reply: 0

[Perak] Pemancing, penduduk gesa tindakan segera terhadap individu didakwa guna bom ikan

[Copy link]
Post time 16-3-2024 04:49 PM | Show all posts |Read mode

ROSPAIZAL (dua dari kanan) bersama penduduk kampung dan komuniti pemancing berada di Ibu Pejabat Polis (IPD) Gerik, Perak untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan penggunaan bom ikan.

GERIK – Komuniti pemancing bersama-sama penduduk tempatan menggesa tindakan segera diambil terhadap sekumpulan individu yang didakwa menggunakan bom ikan dalam kawasan Hutan Simpan Temengor, Hulu Perak, baru-baru ini.

Wakil mereka, Rospaizal Ismail mendakwa, tindakan beberapa individu tersebut menjejaskan ekosistem sungai terutamanya membabitkan spesis ikan.

“Kami sangat kecewa. Kalau memancing kami tidak marah, tetapi perbuatan seperti ini boleh dikatakan khianat, cara mereka tidak betul.

“Saya tahu ikan yang kena bom atau renjat elektrik. Perkara itu saya ambil berat,” dakwanya kepada pemberita ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis (IPD) Gerik di sini, hari ini.

Laporan polis itu dibuat susulan tularnya satu video yang menunjukkan sekumpulan lelaki dilihat menunjukkan hasil tangkapan mereka.

Menerusi jumlah tangkapan dan keadaan ikan tersebut, komuniti pemancing mendakwa kaedah pengeboman ikan telah dilakukan.

Rospaizal berkata, disebabkan video yang tular itu, komuniti pemancing membuat laporan polis serta menggesa tindakan tegas diambil ke atas pelaku.

Seorang penduduk yang turut bersama hadir ke IPD, Amran Andak mendakwa, tindakan menggunakan bom ikan itu menjejaskan penduduk tempatan kerana ikan berkurangan dan perlu mengambil tempoh yang lama untuk pulih. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... akwa-guna-bom-ikan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.470970 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list