CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4617|Reply: 0

[Perak] Kecoh surat layang doktor kerajaan buat gangguan seksual

[Copy link]
Post time 16-3-2024 01:58 PM | Show all posts |Read mode

Surat layang yang dipos ke HRPB pada 28 Februari lalu.

IPOH – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah menubuhkan satu Jawatankuasa Penyiasatan Bebas pada 29 Februari lalu bagi menyiasat surat layang yang mendakwa seorang doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini melakukan gangguan seksual terhadap kakitangan hospital.

Pengarahnya, Dr. Feisul Idzwan Mustapha berkata, penubuhan jawatankuasa tersebut dilakukan sehari selepas surat berkenaan diterima HRPB melalui pos.

“Jawatankuasa ini terdiri daripada pegawai-pegawai yang dilantik oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan (KKM).

“Siasatan sedang dijalankan dengan pengumpulan bukti. KKM memandang tuduhan ini sangat serius dan mempunyai toleransi sifar terhadap gangguan seksual di tempat kerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung surat layang yang mendakwa seorang doktor dari sebuah jabatan di HRPB melakukan gangguan seksual terhadap kakitangan wanita hospital berkenaan.

Antara dakwaan yang terkandung di dalam surat layang ditujukan kepada Pengarah HRPB, Datuk Dr. Megat Iskandar Megat Abdul Hamid termasuklah cara doktor tersebut melakukan gangguan seksual serta salah laku lain membabitkan cara kerja.

Turut didedahkan dalam surat layang itu adalah nama beberapa individu yang juga kakitangan hospital berkenaan yang didakwa melindungi perbuatan doktor berkenaan.

Surat layang terbabit juga menzahirkan kekesalan penghantarnya mengenai ketiadaan tindakan terhadap doktor itu biarpun aduan telah dilakukan berhubung isu berkenaan.

Turut terkandung dalam surat layang itu adalah permohonan terhadap Megat Iskandar agar siasatan terhadap kes dilakukan secara telus dan memohon doktor tersebut ditukarkan ke hospital di negeri lain. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... t-gangguan-seksual/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.094523 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list