CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3835|Reply: 1

[Selangor] Suami isteri maut rumah dua tingkat terbakar

  [Copy link]
Post time 16-3-2024 10:48 AM | Show all posts |Read mode

Kebakaran berlaku di bilik utama tingkat atas dan bahagian dapur rumah dua tingkat berkenaan. Foto IHSAN BOMBA

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri warga tempatan maut manakala anak gadis mereka terselamat dalam kebakaran rumah dua tingkat di Jalan SS 21/18 Damansara Utama, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, laporan kebakaran diterima pada pukul 5.13 pagi tadi.

Katanya, seramai 10 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dan BBP Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi.

“Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, kebakaran berlaku di bilik utama di tingkat atas dan dapur tingkat bawah.

“Anggaran kemusnahan 70 peratus dan melibatkan tiga mangsa iaitu sepasang suami isteri dan remaja perempuan yang dipercayai anak pasangan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pasangan suami isteri masing-masing berusia 61 tahun dan 55 tahun disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun itu berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.

“Pegawai Penyiasat kebakaran tiba di lokasi kira-kira pukul 6.30 pagi tadi manakala bantuan anjing pengesan K9 telah dimaklumkan untuk hadir bagi membantu siasatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... a-tingkat-terbakar/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2024 12:04 PM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.085949 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list