CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22543|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki pecah masuk kedai di Sibu Jaya dipenjara satu tahun, denda RM10,000

[Copy link]
Post time 15-3-2024 07:45 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara satu tahun dan denda RM10,000 terhadap seorang lelaki yang memecah masuk sebuah kedai di Sibu Jaya, Ahad lepas.

Sekiranya gagal membayar denda terbabit, tertuduh Desmond Buan, 23, diperintah oleh Majistret Oon Kork Chern menjalani hukuman penjara setahun.

Desmond terdahulu didakwa memecah masuk sebuah kedai di Sibu Jaya melalui saluran udara dengan niat untuk mencuri pada 10 Mac 2024, kira-kira jam 1 pagi.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan juga denda, jika sabit dengan kesalahan.

Fakta kes menyatakan pada 10 Mac 2024, kira-kira jam 8.10 pagi, pengadu yang hendak memulakan kerja mendapati saluran udara di hadapan kedai telah dirosakkan.

Ketika diperiksa di dalam kedai, pengadu mendapati sebuah komputer riba jenama HP telah hilang, selain wang tunai kira-kira RM30,000 yang disimpan di dalam laci meja. Pengadu kemudian membuat laporan polis dan kerugian dianggarkan lebih kurang RM32,000.

Pada 11 Mac 2024, kira-kira jam 12 tengah hari, bertindak atas maklumat, pihak polis telah menahan seorang lelaki iaitu tertuduh di sebuah rumah panjang di Jalan Durin bagi membantu siasatan.

Dengan dipandu arah oleh tertuduh, pihak polis telah pergi ke belakang sebuah kedai di Sibu Jaya dan menjumpai sebuah komputer riba jenama HP.

Sisatan pihak polis mendapati tertuduh telah memecah masuk kedai terbabit melalui saluran udara di hadapan kedai, sebelum keluar semula melalui jalan yang sama.

Perbuatan tertuduh itu telah berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai bersebelahan.  


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.054037 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list