CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22411|Reply: 0

[Sarawak] 29 notis dikeluar dalam Ops Ramadan 2024 di Daerah Kuching setakat 13 Mac

[Copy link]
Post time 15-3-2024 07:40 PM | Show all posts |Read mode


Dr Johnny menyerahkan risalah berkaitan keselamatan makanan kepada peniaga di Bazar Ramadan Madani Medan Niaga Satok.

KUCHING: Sebanyak 29 notis dikeluarkan terhadap pengendali makanan atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 hasil pemeriksaan ke atas 212 gerai jualan di daerah ini menerusi Ops Ramadan 2024 setakat 13 Mac.

Ops Ramadan 2024 di Daerah Kuching bermula pada 12 Mac melibatkan seramai 20 anggota dari Unit Keselamatan Kualiti Makanan dan Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching.

Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching Dr Johnny Pangkas berkata, daripada 29 notis tersebut, sebanyak 19 notis melibatkan kesalahan tidak menggunakan pakaian pelindung diri dengan lengkap.

Manakala, empat notis bagi kesalahan tidak memakai pakaian yang bersih, sesuai dan wajar dan enam notis bagi kesalahan menggunakan aksesori perhiasan diri semasa mengendalikan makanan.

"Itu antara notis-notis yang dikeluarkan berkaitan dengan bazar Ramadan setakat ini.

"Kita juga sekarang memastikan pengendali makanan tidak menggunakan dawai kokot (stapler) untuk membungkus makanan.

"Kesalahan menggunakan dawai kokot boleh didenda sehingga RM10,000," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bazar Ramadan Madani Medan Niaga Satok di sini, hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 17 tapak bazar Ramadan yang beroperasi tahun ini dengan permit dari Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan dipantau Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching dari semasa ke semasa.

Ops Ramadan diadakan serentak di seluruh negara pada bulan Ramadan kali ini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Aktiviti operasi melibatkan pemeriksaan premis serta pensampelan makanan yang bermatlamat untuk memastikan makanan yang disediakan atau dijual adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983.

Selain itu, kempen-kempen kesedaran berkaitan keselamatan makanan kepada orang ramai, pengendali dan pengusaha premis turut giat dijalankan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.049080 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list