CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22305|Reply: 0

[Sarawak] Kadar tambang bas ekspres di Sarawak sempena Aidilfitri kekal

[Copy link]
Post time 15-3-2024 07:39 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kadar tambang bas ekspres kategori perkhidmatan ekonomi di Sarawak sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri akan datang tidak dinaikkan.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak Michael Kong Feng Nian kepada Utusan Borneo hari ini.

"Tidak akan ada peningkatan (kadar tambang bas ekspres bagi kategori perkhidmatan ekonomi) di Sarawak," katanya.

Menjelas lanjut, Kong berkata sebelum ini isu kenaikan kadar tambang bas ekspres dibangkitkan Persatuan Syarikat Pengangkutan Bas Sarawak (SBTCA) sebelum sambutan Tahun Baharu Cina yang lalu.

Bagaimanapun ujarnya, LPKP memutuskan langkah itu tidak sesuai dilaksanakan di Sarawak.

"Perkara ini telah dibangkitkan oleh SBTCA sebelum Tahun Baharu Cina tetapi diputuskan ia tidak sesuai dilaksanakan di Sarawak.

"Keputusan sama turut diguna pakai untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri," katanya sambil menambah, LPKP telah memaklumkan perkara itu kepada SBTCA secara bertulis.

Pada Khamis, Kong memberitahu Utusan Borneo satu pertemuan  dengan SBTCA pada Isnin depan bagi membincangkan perkara itu, namun berdasarkan perkembangan terkini, kadar tambang bas ekspres bagi perkhidmatan ekonomi kekal.

Baru-baru ini, Jemaah Menteri persekutuan telah meluluskan kenaikan 10 peratus kadar tambang bagi perkhidmatan ekonomi bagi tempoh 4 hingga 17 April depan.

Terdahulu, Bernama melaporkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menerusi kenyataan pada Rabu memaklumkan Jemaah Menteri telah meluluskan surcaj musim perayaan sebanyak RM0.009 sekilometer (skm).

Menurut APAD, pelaksanaan surcaj itu akan meningkatkan kadar tambang bas ekspres kategori berkenaan kepada RM0.102 skm berbanding kadar tambang biasa RM0.093 skm.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.057428 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list