CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22278|Reply: 0

[Sarawak] Polis buru penunggang motosikal provokasi pengguna jalan raya lain

[Copy link]
Post time 15-3-2024 07:38 PM | Show all posts |Read mode


Tangkap layar dari video kejadian yang tular di media sosial.

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching kini sedang memburu seorang penunggang motosikal yang dilaporkan membuat provokasi ke atas pengguna jalan raya lain.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, kejadian dipercayai berlaku di Jalan Demak di sini, sekitar jam 5.20 petang Khamis.

Menurutnya, video kejadian yang dirakam kamera papan pemuka kereta mangsa telah tular di media sosial.

"Pihak polis telah menerima satu laporan polis berkaitan video tular tersebut.

"Pihak polis sedang mengesan penunggang motosikal dan mohon orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat," katanya menerusi satu kenyataan.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.482597 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list