CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19054|Reply: 0

[Sarawak] Bazar Ramadan Lasar Kenyalang meriah, platform peniaga kecil jana pendapatan

[Copy link]
Post time 15-3-2024 07:27 PM | Show all posts |Read mode


Bazar Ramadan Lasar Kenyalang Bintulu dikunjungi ramai orang.

BINTULU: Bazar Ramadan Lasar Kenyalang meriah dikunjungi ramai pengunjung dari pelbagai latar belakang untuk mendapatkan beraneka juadah berbuka puasa sekali gus membantu peniaga-peniaga kecil menjana pendapatan mereka sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati pelbagai pilihan makanan yang ditawar dan dijual para peniaga menuntut pengunjung membuat pilihan tepat untuk membuat pembelian supaya juadah yang dibeli tidak dibazirkan begitu sahaja apabila tidak mampu untuk dimakan.

Pada tempoh tertentu beberapa gerai menjadi tumpuan ramai pengunjung untuk mendapatkan juadah yang ditawarkan seperti dirakamkan menerusi lensa kamera.

Begitupun ketika keinginan untuk mendapatkan juadah berbuka puasa ada perkara yang perlu dipatuhi oleh para peniaga terutamanya melibatkan aspek kebersihan, kesihatan diri dan kebersihan juadah yang diniagakan seperti ditetapkan penganjur pengurusan tapak bazar iaitu Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Perkara tersebut digariskan dalam makluman panduan ditetapkan BDA sebelum pembukaan tapak bazar tersebut antaranya aspek kebersihan diri bagi pengendali makanan merangkumi pemeriksaan kesihatan untuk status kesihatan peniaga, kewajipan melakukan suntikan tifoid, memakai apron dan penutup kepala atau topi.



Makanan berpanggang dan aroma ayam golek menarik tumpuan orang ramai untuk membelinya.

Aspek lain adalah perlindungan makanan daripada pencemaran iaitu mengkehendaki peniaga menggunakan penyepit semasa mengambil atau memilih makanan, semua makanan hendaklah ditutup dan tiada penggunaan polistirena atau styrofoam tetapi digalakkan menggunakan plastik yang boleh terurai.

Manakala, penggunaan ais bongkah adalah dilarang sama sekali untuk minuman sejuk.

Semua pengusaha bazar Ramadan turut dikehendaki menjaga kebersihan gerai mereka dan sekitarnya sebelum, semasa, selepas operasi perniagaan mereka sepanjang masa.

BDA dan Jabatan Kesihatan akan menjalankan pensampelan makanan bagi memastikan makanan yang dijual di bazar Ramadan bebas daripada pencemaran.

Tempoh waktu operasi gerai atau pengusaha Bazar Ramadan yang bermula 12 Mac 2024 hingga 8 April 2024 adalah dari jam 12 tengah hari hingga 8 malam.

Beberapa kemudahan kepada pengusaha gerai turut disediakan oleh BDA sebagai penganjur dan penyewa antaranya kanopi, bekalan air, elektrik ke semua gerai, tong sampah disediakan.

Tapak Bazar Ramadan di Bintulu berjumlah 111 lot yang merangkumi 50 lot di Lasar Kenyalang Bintulu, Bintulu Sentral (48 lot) dan Samalaju (13 lot).

BDA juga menerima dan meluluskan permohonan pihak swasta untuk menganjurkan Bazar Ramadan tahun ini di Medan Assyakirin oleh Sing Kwong Supermarket (50 lot), Tamu Emart oleh Emart Supermarket (19 lot), Pusat Komersial Kidurong oleh Freshmart (20 lot), Bintulu Times Square (19 lot), Kidurong Hill Commercial Centre oleh CC Fresh (2 lot) dan Press Metal Samalaju (20 lot) dengan keseluruhannya 130 lot.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.094224 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list