CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18360|Reply: 0

[Sarawak] Pustaka Negeri Sarawak Sibu anjur Program STEM di SJKC Tiong Hin

[Copy link]
Post time 15-3-2024 07:26 PM | Show all posts |Read mode


Murid-murid SJKC Tiong Hin semasa menyertai aktiviti Program STEM anjuran Pustaka Negeri Sarawak Sibu.

SIBU: Pustaka Negeri Sarawak Sibu mengadakan Program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan sesi perkongsiannya di SJKC Tiong Hin, baru-baru ini.

Menurut kenyataannya hari ini, ia adalah sebahagian daripada minggu orientasi sekolah dan melibatkan lebih 300 murid.

"Program itu bertujuan memupuk minat, kreativiti dan pemikiran kritis dalam kalangan murid. Murid-murid turut terlibat dalam aktiviti 'hands-on'," ujar kenyataan itu.

Selain itu katanya, murid-murid turut didedahkan dengan aktiviti ‘Makers’ dengan penerapan subjek STEM dalam kaedah pembelajaran sambil bermain.

Antara aktiviti STEM yang diadakan sepanjang minggu orientasi di sekolah tersebut ialah permainan papan, permainan realiti maya (VR) dan kraf tangan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.410452 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list