CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4509|Reply: 0

[Sarawak] Jaga kualiti makanan di bazar Ramadan: Iskandar

[Copy link]
Post time 15-3-2024 06:21 PM | Show all posts |Read mode


Iskandar (dua kanan) menyerahkan apron dan permit niaga kepada seorang peniaga di Bazar Ramadan Lasar Kenyalang Bintulu sambil diiringi (dari kiri) Maimunah, Abang Zainuddin, Haidar, Joshua dan Muhamad Yakup.

BINTULU: Para peniaga di Bazar Ramadan perlu menjaga kualiti jualan makanan berbuka puasa dengan sebaiknya supaya terus mendapat sokongan pembeli sepanjang Ramadan ini sekali gus meningkatkan pendapatan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, untuk itu para peniaga Bazar Ramadan perlu menjalankan perniagaan secara berhemah dan berintegriti serta tidak menjual barang makanan kitar semula.

"Kita tidak mahu dengar aduan terhadap peniaga yang menjual karipap angin atau oksigen, makanan kitar semula," ujarnya berucap merasmi Bazar Ramadan di Lasar Kenyalang di sini pada Khamis.

Keadaan itu beliau sifatkan bukan sahaja boleh memudaratkan kesihatan pembeli sekiranya berlaku keracunan makanan bahkan merendahkan kualiti makanan yang dijual.

Iskandar berkata, peniaga perlu berniaga dengan ikhlas dan berintegriti, menjaga imej sebagai peniaga makanan serta mementingkan kesihatan diri serta menjual makanan yang bersih termasuk mendapatkan suntikan tifoid.

"Dengan segala peraturan ditetapkan dan langkah dipatuhi sebagai peniaga makanan bazar Ramadan, kita yakin para peniaga mampu mendapat keuntungan yang halal, mendapat keberkatan dan nikmat sepanjang bulan ramadan dalam usaha meningkatkan pendapatan keluarga," ujarnya.

Pada masa sama beliau berkata, penduduk setempat wajar memberi sokongan kepada peniaga-peniaga kecil ini untuk menjana ekonomi mereka.

"Kita juga menghargai inisiatif Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) yang mendengar kemahuan peniaga dengan memberi peluang kepada mereka berniaga di bazar ditetapkan sepanjang ramadan," jelasnya.

Katanya, pengurusan BDA serta pihak polis juga perlu memastikan fasiliti dan keselamatan peniaga di bazar Ramadan dijaga sepenuhnya.

Sementara itu, Pengurus Besar BDA Datu Muhamad Yakup Kari menyeru semua peniaga bazar Ramadan dan orang ramai daripada pelbagai lapisan latar belakang dan sosio ekonomi berganding bahu dengan BDA untuk menyokong dan mendukung aspirasi menjadikan Bintulu sebagai `Bandar Perindustrian Rendah Karbon'.

"Sejajar dengan hasrat itu BDA telah melancarkan visi baharu di bawah Pelan Strategik BDA 2024-2030 iaitu Bintulu sebagai Model Keterangkuman, Kebolehhidupan dan Kemampanan," ujarnya.

Justeru, katanya dalam memenuhi Pelan Strategik BDA tersebut, Bazar Ramadan yang dianjurkan antara usaha membantu penduduk setempat menjana pendapatan tambahan untuk keluarga melalui peniagaan kecil-kecilan pada setiap tahun.

Katanya BDA telah menyediakan tapak Bazar Ramadan berjumlah 111 lot yang merangkumi 50 lot di Lasar Kenyalang Bintulu, Bintulu Sentral (48 lot) dan Samalaju (13 lot).

Selain itu, beliau memberitahu BDA juga menerima dan meluluskan permohonan pihak swasta untuk menganjurkan bazar Ramadan tahun ini di Medan Assyakirin oleh Sing Kwong Supermarket (50 lot), Tamu Emart oleh Emart Supermarket (19 lot), Pusat Komersial Kidurong oleh Freshmart (20 lot), Bintulu Times Square (19 lot), Kidurong Hill Commercial Centre oleh CC Fresh (2 lot) dan Press Metal Samalaju (20 lot) dengan keseluruhannya 130 lot.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BDA Dato Haidar Khan Asghar Khan, Timbalan Residen Bahagian Bintulu Abang Zainuddin Abang Turkey, Penolong Pengurus Besar BDA Maimunah Matali, Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Nixon Joshua Ali,  pengurusan BDA, ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat setempat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.071639 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list