CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4439|Reply: 0

[Sabah] https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/15/projek-mekar-yayasan-petronas-sedia-bekalan-air-bersih-penduduk-di-kota-belud

[Copy link]
Post time 15-3-2024 06:11 PM | Show all posts |Read mode


SAFAR

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menerima maklum balas positif daripada kerajaan Persekutuan berhubung pelaksanaan pembenihan awan berikutan bencana kemarau yang melanda negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong berkata, perkara itu kini dipantau bersama pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) yang akan menjalankan pembenihan awan.

Katanya, bukan semua jenis awan boleh dibenihkan dan pihak berkaitan perlu menunggu awan yang sesuai untuk melaksanakan proses berkenaan.

"Setakat ini kita dapat maklum balas positif dari Persekutuan, cuma tunggu kesesuaian sahaja sebab bukan semua jenis awan kita boleh benihkan untuk turunkan hujan.

"Kalau sudah ada awan yang sesuai, proses pembenihan awan ini akan dijalankan secepat mungkin," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Iftar PETRONAS Bersama Pemegang Taruh Sabah di sini semalam.

Dalam pada itu, Safar turut menjelaskan situasi bencana kemarau hingga mengakibatkan krisis bekalan air di daerah Papar masih dalam keadaan terkawal.
Setakat ini katanya, tindakan yang diambil adalah dengan memperbanyakkan penghantaran air.

"Ia masih terkawal, kita sekarang cuma perbanyakkan penghantaran air dan kita sediakan tangki-tangki air di setiap kampung yang terjejas," katanya.

Pada 7 Mac lepas, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya menjelaskan kerajaan negeri bersetuju untuk melakukan pembenihan awan.

Beliau dipetik berkata, perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat kabinet negeri bagi mengatasi musim kemarau yang dihadapi di Sabah ketika ini.

Menurutnya, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor juga bersetuju melakukan pembenihan awan bagi mencetuskan hujan di kawasan hulu berbukit yang menjadi tempat tadahan air.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 23870 Replies : 680
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17234 Replies : 24
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4519 Replies : 33
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16425 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17788 Replies : 7
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15508 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 90604 Replies : 2834
AKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA, MK K-CLIQUE, ZAHIRIL ADZIM] 7PM ISNIN - JUMAAT
eddlisa_uyukAKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA
Views : 3851 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.054553 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list