CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3833|Reply: 0

[Sabah] Pemandu selamat, kereta rempuh tiga kenderaan, garaj

[Copy link]
Post time 15-3-2024 06:08 PM | Show all posts |Read mode


TERBABAS: Keadaan rempuhan di bawah garaj terbabit.

KUDAT: Seorang pemandu terselamat selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh garaj dan tiga kenderaan di Institut Pengajian Islam Sikuati, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, pemandu lelaki berusia 20 tahun terbabit hanya mengalami kecederaan ringan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.38 malam.

Katanya, lapan pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis kompak yang terbabas sendiri sebelum melanggar garaj dan tiga kenderaan yang diletakkan dibawah garaj berkenaan.

"Pemandu kereta dilaporkan keluar sendiri daripada kenderaannya sebelum ketibaan jentera dan hanya mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini.

Menurutnya, mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulanas untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Katanya, pasukan bomba kemudiannya membuat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.30 tengah malam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.112461 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list