CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3612|Reply: 0

[Sabah] Sorok minuman keras dalam semak di Inanam

[Copy link]
Post time 15-3-2024 06:06 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Minuman keras yang dirampas dalam operasi ini.

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menemukan 970 tin minuman keras pelbagai jenama  tidak bercukai yang disembunyikan dalam semak di Jalan Kionsom, Inanam, di sini, kelmarin.

Serbuan itu dijalankan sepasukan PPM Kota Kinabalu hasil maklumat awam, kira-kira jam 6 petang.

Timbalan Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Superintendan Abdul Nasir Othman berkata, hasil pemeriksaan di lokasi semak terbabit menemukan satu longgokan minuman bertutup kain kanvas.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati minuman pelbagai jenis disyaki minuman tidak bercukai.

"Tiada tangkapan dilakukan dan pasukan kemudiannya merampas barang berkenaan.

"Nilai keseluruhan rampasan minuman keras itu berjumlah RM6,562.06 termasuk cukai," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, semua minuman berkenaan dibawa ke Pejabat PPM Kota Kinabalu untuk laporan dan diserahkan kepada Jabatan Kastam.

"Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.387416 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list