CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2841|Reply: 0

[Sabah] Kanak-kanak parah dada, leher tertusuk besi

[Copy link]
Post time 15-3-2024 06:05 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan besi dari badan mangsa.

KOTA MARUDU: Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemaa apabila besi menusuk dada dan lehernya selepas terjatuh berhampiran sebuah Sekolah Kebangsaan di Kampung Tandek, di sini.

Mangsa berusia lima tahun itu dipercayai terjatuh ketika berjalan bersama ibunya menuju ke sebuah kedai runcit berhampiran SK Tandek.

Ibu mangsa kemudian bergegas menghantar mangsa ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan lanjut.

Pihak hospital bagaimanapun terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba selepas difahamkan sukar untuk mengeluarkan besi berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.31 petang.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera digerakkan ke hospital.

"Pasukan bomba berjaya memotong besi berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.

"Keadaan mangsa tidak dapat dipastikan kerana ketika operasi mengeluarkan besi itu, mangsa ditidurkan.

"Bagaimanapun sebaik besi itu berjaya dikeluarkan, mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 7.09 malam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.520768 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list