CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2405|Reply: 0

[Sabah] Elak pembakaran terbuka demi manfaat bersama

[Copy link]
Post time 15-3-2024 06:04 PM | Show all posts |Read mode


CHRISTINA

KOTA KINABALU: Orang ramai dinasihatkan agar mengutamakan aspek kesihatan dan mengelakkan daripada melakukan aktiviti pembakaran terbuka yang menjadi salah satu faktor menyumbang pertambahan jerebu di beberapa kawasan di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, masyarakat juga dinasihat agar sentiasa berwaspada bagi memastikan tidak berlaku kejadian kebakaran belukar yang dilihat semakin meningkat.

“Saya dimaklumkan beberapa kebakaran belukar berlaku berkemungkinan berpunca daripada pembuangan rokok secara berleluasa di tepi jalan.

"Beri perhatian terhadap amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan, jangan memulakan pembakaran demi kepentingan kesihatan awam serta faktor keselamatan itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, berdasarkan data yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sejak 1 Januari sehingga 13 Mac lalu, sebanyak 961 kes kebakaran di enam zon meliputi 25 daerah dan kawasan di seluruh Sabah.

"Kes-kes ini melibatkan kebakaran belukar, ladang, hutan dan tanah gambut.

“Tuaran yang berada di Zon 1 pula mencatatkan jumlah kes tertinggi sebanyak 271, diikuti Kota Belud 136 di Zon 3, diikuti Kota Kinabalu 90 kes, Lintas 75 dan Penampang 60.

“Pemaju perumahan terkemuka Datuk Susan Wong turut melaporkan bahawa keadaan jerebu di Benoni, Papar mencatat 50 kes kebakaran belukar, hutan dan ladang,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.051927 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list