CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2422|Reply: 0

[Sabah] Sabah sambut baik jemputan Pameran Perdagangan Antarabangsa tahunan Hungary

[Copy link]
Post time 15-3-2024 06:04 PM | Show all posts |Read mode


MESRA: Christina disambut mesra oleh Munis (kanan) ketika hadir di Pejabat Kedutaan Malaysia di Hungary.

BUDAPEST: Sabah menyambut baik jemputan Kedutaan Malaysia di Hungary untuk menyertai Pameran Perdagangan Antarabangsa tahunan di negara itu tahun ini.

Duta Besar Malaysia ke Hungary, Slovenia dan Macedonia Utara, Francisco Munis menyampaikan jemputan terbabit semasa lawatan rasmi Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew ke Pejabat Kedutaan itu di sini Selasa lalu.

Christina yang mengetuai Misi Promosi Pelancongan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) ke Hungary berkata, penyertaan dalam pameran perdagangan antarabangsa ini adalah peluang yang baik untuk mempamerkan keindahan alam semula jadi, warisan budaya, hidupan dan tarikan unik lain Sabah ke pasaran Eropah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.062921 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list