CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2421|Reply: 0

[Sarawak] Penduduk Kg Matanoi terputus bekalan air graviti, terima agihan penghantaran bekalan air

[Copy link]
Post time 15-3-2024 06:02 PM | Show all posts |Read mode


AGIH: Lori tangki yang memuatkan bekalan air bersih sedang diagihkan kepada penduduk Kg Matanoi yang terjejas itu.

KENINGAU: Penduduk Kampung Matanoi yang bergantung dengan sumber air dari sungai berdekatan kini terputus bekalan akibat cuaca panas sehingga menyebabkan sungai mengering, menyukarkan penyaluran bekalan menggunakan sistem graviti.

Berikutan situasi itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Matanoi, Cecilia Juakim mengambil pendekatan dengan memaklumkan perkara itu kepada wakil rakyat mereka iaitu Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik untuk membantu penduduk yang terjejas.

Cecilia meminta supaya bantuan bekalan air bersih dihantar kepada penduduk yang terjejas bagi membolehkan mereka melakukan aktiviti harian terutama memasak selain menyarankan penduduk menggali sumur untuk mendapatkan air bagi kegunaan lain.

Pada hari itu juga, penduduk Kg Matanoi telah menerima bekalan air bersih sekitar 7,000 liter melalui Pejabat Daerah yang dihantar menggunakan lori tangki dari Majlis Daerah Keningau yang diagihkan kepada penduduk terjejas.

Cecilia mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor serta Pegawai Daerah Keningau Peter Jonu Moinjil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah atas tindakan pantas membantu.

Beliau berharap para penduduk Kg Matanoi dapat berjimat menggunakan air bersih sementara menunggu penghantaran bekalan air bersih yang seterusnya memandangkan bekalan sedia ada juga agak terhad.

Pemaju Mukim Apin-Apin Daenis Joakim turut berada di lokasi bagi memastikan semua penduduk yang terjejas mendapat bekalan air bersih daripada lori tangki air.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.449235 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list