CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2521|Reply: 0

[Sabah] ‘Floating Holidays’ belum diamalkan di Malaysia

[Copy link]
Post time 15-3-2024 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 15-3-2024 10:01 AM



MADIUS

KUALA LUMPUR: Konsep 'floating holidays' masih tidak diamalkan di Malaysia buat masa ini.

Ahli Parlimen, Datuk Seri Panglima Madius Tangau (UPKO Tuaran) berkata, perkara itu dimaklumkan oleh  Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam satu jawapan bertulis terhadap Soalan Lisannya di Persidangan Dewan Rakyat di sini, kelmarin.

“Menurut KESUMA, undang-undang berkaitan cuti di Malaysia secara umumnya diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955 dan Akta Hari Kelepasan 1951.

“Floating holidays' merupakan suatu kaedah pengurusan cuti di mana ia memberi pekerja keanjalan dalam menguruskan cuti mereka dengan mengambil kira kepelbagaian latar belakang pekerja yang menyambut perayaan atau hari-hari kebesaran mengikut bangsa dan agama tertentu,” katanya.

Madius yang juga Pengerusi Eksekutif WISDOM Foundation berkata demikian dalam satu kenyataan di sini.

Bagaimanapun beliau berkata, KESUMA mengambil maklum berhubung cadangan itu dan akan menentukan kesesuaian pelaksanaannya di negara Malaysia pada masa hadapan.

Terdahulu dalam soalannya, Madius  meminta KESUMA menyatakan sekiranya terdapat rancangan untuk memperkenalkan 'floating holidays', seperti yang dilaksanakan di pejabat United Nations dan disyorkan oleh WISDOM Foundation.

Ia bagi memastikan golongan minoriti dapat menggantikan cuti am dengan hari perayaan agama dan kebudayaan masing-masing yang bukan cuti am di negeri mereka.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.053993 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list