CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2535|Reply: 0

[Sabah] AKPK didik masyarakat berbelanja secara berhemah

[Copy link]
Post time 15-3-2024 05:54 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mendidik masyarakat untuk berbelanja secara berhemah sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam, AKPK memperkenalkan Formula S.A.H.U.R yang akan dapat membimbing masyarakat khususnya mereka yang menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya dalam membuat keputusan bajet tiga serangkai yang bijak serta berhemah.

Susun keutamaan perbelanjaan berpandukan prinsip keutamaan dalam Islam, sebaik-baiknya ketiga-tiga bajet perbelanjaan ini disusun mengikut penilaian yang jujur, teliti antara keperluan dan kehendak.

Dahulukan keperluan berbanding dengan perasaan emosional yang mengutamakan kehendak.

"Contohnya, anda pastinya akan mementingkan dan mendahulukan perbelanjaan persekolahan anak-anak kerana ia adalah keperluan utama bajet isi rumah pada ketika ini.

"Pada masa yang sama, sudah menjadi tradisi setiap kali Ramadan, semua orang akan dihidangkan dengan pelbagai juadah istimewa untuk persediaan
berbuka puasa.

"Begitu banyak jualan sehinggakan kebanyakan kita berbelanja berlebihan tanpa sedar sehingga mengakibatkan pembaziran," kata kenyataan itu.

Adakan perbincangan harmoni keluarga adalah elemen yang mempengaruhi kejayaan dalam pengurusan kewangan kebersamaan.

Kaedah untuk mengekalkan disiplin perbelanjaan yang sihat dalam keluarga ialah perbincangan bersama tentang apa yang patut dibelanjakan.

Hadkan perbelanjaan setelah jelas apa yang patut didahulukan sebagai satu keluarga yang bersefahaman, langkah seterusnya adalah mengehadkan setiap pebelanjaan mengikut bajet yang realistik bagi persekolahan seperti pembelian alatan, pakaian seragam dan kelengkapan lain, tidak termasuk perbelanjaan wajib seperti yuran.

Tetapkan juga had perbelanjaan untuk juadah berbuka, lebih-lebih lagi pembelian di bazar Ramadan serta rancangan berbuka mahupun bersahur di luar.
Urus hutang dengan baik, musim perayaan amat sinonim dengan musim meminjam.

"Apatah lagi bila melalui pertembungan peristiwa tiga serangkai ini. Apa tidaknya, permohonan pinjaman dikatakan meningkat dengan ketara pada Januari 2024, iaitu sebanyak 40 peratus berbanding bulan yang sama pada 2023.

"Menurut penganalisis, terdapat kemungkinan keperluan modal bagi menyambut musim perayaan yang bakal tiba mendorong peminjam yang berpotensi membuat pinjaman," katanya.

Perlu diketahui, antara amalan pengurusan kewangan yang bijak untuk musim perayaan adalah mengelak daripada membuat hutang baru.

Rancang perbelanjaan dengan baik, pengguna dinasihatkan untuk cekap ketika berbelanja dengan mencari tawaran harga serta pilihan yang terbaik.

Amalkan perbelanjaan yang bijak seperti membuat perbandingan harga di beberapa tempat dan membeli atau menempah barangan atau tempahan (seperti baju raya) lebih awal atau mengambil peluang waktu promosi untuk harga yang lebih murah.

Gunakan juga sebarang insentif dan bantuan seperti bantuan awal persekolahan yang telah diberikan oleh kerajaan dengan sebaik mungkin untuk tujuan pembelajaran dan persekolahan.

Selain itu, kita juga perlu bijak merancang perjalanan untuk menjimatkan kos.

Tip tambahan ialah mencari pendapatan tambahan sebelum tiba musim peraytaan dengan menjual barangan terpakai (pre-loved), menyediakan perkhidmatan, atau mencari pekerjaan sambilan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.063335 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list