CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2608|Reply: 0

[Sarawak] STR bawa kesan positif kepada pembangunan Sarawak

[Copy link]
Post time 15-3-2024 05:48 PM | Show all posts |Read mode


Uggah diberi taklimat oleh jurutera kanan JKR Teo Nguong Leong mengenai Jalan Batang Samarahan ke Batang Sadong dan projek Jambatan Batang Samarahan semasa lawatan beliau ke tapak projek, hari ini.

KUCHING: Projek Jalan Utama Kedua (STR) akan membawa kesan positif dalam proses pembangunan negeri, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, apabila siap kelak, STR akan memendekkan masa perjalanan antara Sibu dan Kuching kepada kira-kira tiga jam.

"Kedua, ia akan membuka satu lagi kawasan pedalaman luas untuk aktiviti ekonomi yang menjana pendapatan," ujarnya.

Beliau berkata demikianselepas melawat tiga pakej jalan raya STR bersama Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Datu Chiew Chee Yau dan pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri di Sebuyau, hari ini.

Pakej tersebut membabitkan jalan dari Batang Samarahan ke Batang Sadong, projek jambatan utama iaitu Jambatan Batang Samarahan dan jalan dari Batang Sadong ke Jambatan Sebuyau/Batang Lupar.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan menambah, jalan Batang Samarahan ke Batang Sadong akan mempunyai empat lorong dua hala dan sepanjang 13.7 kilometer.

Jalan dan jambatan yang menelan kos keseluruhan RM530 juta itu katanya, dijangka siap menjelang Februari 2027.

Bagi pakej ketiga, Uggah berkata ia adalah sejauh 28 kilometer membabitkan dua lorong satu laluan dari Batang Sadong ke Sebuyau/Jambatan Batang Lupar yang menelan belanja RM525 juta.

"Di sini, kita akan mempunyai jejambat sepanjang 800 meter melintasi Taman Negara Sedilu dan kita menjangkakan pakej ini akan siap menjelang April 2028," katanya.

Tambah beliau, pihaknya telah mengenal pasti beberapa isu membabitkan projek tersebut, namun menurutnya, ia bukan masalah utama.

"Ia sedang diselesaikan untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan berjalan lancar dan semua projek ini dapat disiapkan seperti yang dijadualkan," katanya.

Mengulas lanjut mengenai lawatannya, Uggah berkata ia bertujuan untuk melihat sama ada kontraktor mematuhi 'One Month Pledge/Undertaking' JKR negeri iaitu kontraktor yang berjaya perlu berada di tapak dan melakukan beberapa aktiviti pembinaan dalam tempoh sebulan selepas diberikan kontrak.

"Jika mereka gagal berbuat demikian, JKR berhak untuk menamatkan (perkhidmatan) mereka. Tetapi bagi tiga projek itu, kita lihat mereka merupakan kontraktor yang serius.

"Walaupun salah seorang daripada mereka masih berhadapan masalah tanah, mereka sudah berada di tapak masing-masing," katanya lagi.

Uggah dalam pada itu menegaskan MIPD dan JKR perlu mengambil pendekatan yang sangat ketat bagi memastikan sebarang projek infrastruktur yang dilaksanakan dapat disiapkan dan diserahkan mengikut jadual.

"Apabila projek diumumkan, rakyat akan mengharapkan ia dilaksanakan mengikut jadual, sama seperti yang diharapkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Jadi, tanggungjawab kita di MIPD dan JKR adalah untuk memastikan perkara ini dicapai.

"Kita akan turun padang untuk memantau kemajuan, mengetahui dan menyelesaikan sekiranya timbul sebarang isu. Kita juga akan melibatkan jabatan dan agensi negeri lain apabila turun padang," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.328467 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list