CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7189|Reply: 0

[Sarawak] SBEU bidas kegagalan berterusan kerajaan Sarawak meminda Ordinan Buruh Sarawak

[Copy link]
Post time 15-3-2024 12:22 PM | Show all posts |Read mode


LO

KUCHING: Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Sarawak (SBEU) membidas kegagalan berterusan Kerajaan Sarawak meminda Ordinan Buruh Sarawak walaupun Akta Kerja telah dipinda beberapa kali.

Ketua Pegawai Eksekutif SBEU Andrew Lo berkata, tiada lagi alasan untuk Sarawak untuk meminda Ordinan Buruh agar ia setanding dengan Akta Kerja di Semenanjung Malaysia setelah pakar ekonomi Bank Dunia mengatakan Sarawak negeri berpendapatan tinggi.

"Ini adalah satu kekecewaan yang amat sangat kerana pekerja di Kelantan yang dikuasai PAS (Parti Islam Se-Malaysia) selama beberapa dekad, boleh menikmati faedah dan perlindungan yang lebih baik daripada pekerja di negeri berpendapatan tinggi di Sarawak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lo yang juga Timbalan Presiden Gabungan Pembaharuan Undang-Undang Buruh (LLRC) berkata, Kabinet Sabah pada Oktober 2022 meluluskan cadangan pindaan kepada Ordinan Buruh Sabah (SLO) bagi menyeragamkan Ordinan itu dengan Akta Kerja di Semenanjung Malaysia.

"Dijangkakan kira-kira 2.04 juta pekerja dan lebih 187,000 majikan di Sabah akan mendapat manfaat daripada pindaan itu, yang antara lain mengurangkan jam kerja mingguan kepada 45 jam, melanjutkan cuti bersalin kepada 98 hari dan memperkenalkan cuti paterniti tujuh hari," katanya.

Justeru beliau menyifatkan kelewatan meminda Ordinan Buruh Sarawak, tidak boleh diterima.

Beliau mendakwa pekerja di Sarawak, terutamanya pekerja bukan atau tidak diwakili kesatuan pekerja, lebih teruk daripada rakan sejawat mereka di Semenanjung Malaysia dan tidak lama lagi, Sabah.

Menurutnya, ini melanggar hak kesaksamaan perlembagaan di bawah undang-undang, membenarkan diskriminasi dan eksploitasi pekerja di Malaysia Timur.

Sehuhungan itu, Lo menyeru kerajaan Sarawak dan kerajaan persekutuan bertindak menangani nasib pekerja Sarawak.

"Mereka mesti memastikan Ordinan Buruh Sarawak setanding dengan Akta Kerja (Pindaan) 2012 kerajaan persekutuan tanpa berlengah lagi.

"Kita perlu menegaskan, apa yang diperlukan ialah Kabinet negeri Sarawak bersetuju supaya Kementerian Sumber Manusia persekutuan membentangkan rang undang-undang di Parlimen. Sabah telah pun bersetuju. Pekerja mungkin terpaksa berpiket," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.068453 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list