CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7124|Reply: 0

[Sarawak] Orang ramai digalak pakai pelitup muka di fasiliti kesihatan

[Copy link]
Post time 15-3-2024 12:19 PM | Show all posts |Read mode


Wan Samsulri (tiga kiri) memotong reben sebagai simbolik pelancaran Bazar Ramadan Meditel 2024.
KUCHING: Orang ramai digalak untuk memakai pelitup muka di fasiliti kesihatan, kata Timbalan Pengarah Hospital Umum Sarawak (HUS) Wan Samsulri Wan Hasbi.

Menurut Wan Samsulri, meskipun tidak lagi diwajibkan namun ia sebagai langkah berjaga-jaga daripada jangkitan COVID-19 yang masih berlaku dalam negara.

"Peraturan pemakaian pelitup muka adalah mengikut apa yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Namun kita galakkan semua untuk memakai pelitup muka," katanya sambil menambah, notis akan dikeluarkan dari semasa ke semasa jika ada apa-apa yang berlaku.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran Bazar Ramadan Meditel 2024 di Ceria Street Meditel, HUS di sini, hari ini.


Wan Samsulri mengagihkan apron kepada peniaga Bazar Ramadan Meditel 2024.

Bercakap mengenai bazar tersebut, Wan Samsulrim berkata ia dianjurkan buat kali ketiga tahun ini dengan kerjasama HUS dan Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (PERKIP).

Bazar ini dibuka kepada umum bermula 11 Mac hingga 9 April dari jam 1.30 petang hingga 7 malam, dengan 37 buah gerai jualan makanan dan minuman disediakan.

Menurut Wan Samsulri, bazar ini dapat menampung 200 pengunjung pada satu-satu masa dan dibuka kepada orang ramai selain kakitangan HUS, pesakit dan pelawat.

Dari segi pemantauan tahap kebersihan katanya, ia dipantau dengan rapi dari semasa ke semasa, malah peniaga dikehendaki mematuhi garis panduan yang dikeluarkan KKM sebelum berniaga.

Pada tahun ini juga, PETROS LPG Gastech Engineering Sdn Bhd menaja apron kepada semua peniaga.



Antara juadah berbuka puasa yang menjadi tarikan di Bazar Ramadan Meditel 2024.







https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240314/kch-ub140324-at-hus-p5a.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.048925 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list