CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5794|Reply: 0

[Sarawak] LPKP Sarawak, SBTCA bincang kenaikan tambang bas ekspres kategori perkhidmatan ekonomi sempena Aidilfitri, Isnin depan

[Copy link]
Post time 15-3-2024 12:12 PM | Show all posts |Read mode


KONG

KUCHING: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Syarikat Pengangkutan Bas Sarawak (SBTCA) pada Isnin depan bagi membincangkan kenaikan kadar tambang bas ekspres kategori perkhidmatan ekonomi sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Pengerusinya Michael Kong Feng Nian berkata, buat masa ini isu kenaikan kadar tambang bas ekspres belum dibincang lagi meskipun Jemaah Menteri persekutuan telah meluluskan kenaikan 10 peratus kadar tambang bagi perkhidmatan ekonomi bagi tempoh 4 hingga 17 April depan.

"Buat masa ini, kami belum membincangkan perkara ini, jadi saya tidak boleh mengulas lanjut.

"Bagaimanapun, kami akan mengadakan mesyuarat dengan SBTCA pada Isnin depan untuk sesi libat urus. Saya perlu melihat dan mendengar pandangan serta komen mereka mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kong menambah, pertemuan pada Isnin ini akan disusuli mesyuarat bulanan yang dijadualkan pada 28 Mac.

"Pada 28 Mac nanti, saya percaya perkara ini akan dibincangkan semula dengan lebih terperinci bersama lembaga (LPKP) dan persatuan," ujarnya.

Kong berkata demikian apabila ditanya sama ada Sarawak akan turut menaikkan kadar tambang bas ekspres bagi kategori perkhidmatan ekonomi sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

BERNAMA melaporkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menerusi kenyataan pada Rabu memaklumkan Jemaah Menteri telah meluluskan surcaj musim perayaan sebanyak RM0.009 sekilometer (skm).

Menurut APAD, pelaksanaan surcaj itu akan meningkatkan kadar tambang bas ekspres kategori berkenaan kepada RM0.102 skm berbanding kadar tambang biasa RM0.093 skm.

Menurut agensi itu, permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) juga telah dibuka bagi perkhidmatan bas ekspres sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 10 dan 11 April ini.

Permohonan LPS itu terbuka kepada semua pengendali bas yang layak bermula 11 Mac hingga 2 April ini, manakala tempoh sah laku lesen bagi semua permohonan yang diluluskan adalah dari 4 hingga 17 April.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.065462 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list