CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5234|Reply: 1

[Sarawak] Naik taraf Lapangan Terbang Miri projek utama MOT tahun depan

  [Copy link]
Post time 15-3-2024 12:06 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersetuju untuk memberi keutamaan kepada projek naik taraf Lapangan Terbang Miri supaya dapat terus dipertimbangkan untuk diluluskan dalam Belanjawan 2025.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, cadangan tersebut telah disenaraikan semula oleh Kementerian Pengangkutan di bawah Pelan Pusingan Lima, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2025 sebagai salah satu projek kementerian yang perlu diberi keutamaan untuk dilaksanakan.

"Walau bagaimanapun, kelulusan permohonan projek ini adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan dan kemampuan kerajaan pusat.

"Bagi pihak Kementerian Pengangkutan, sekiranya projek ini tidak dapat dipertimbangkan oleh kerajaan melalui Rolling Plan 5, Rancangan Malaysia Ke-12 2025, Kementerian Pengangkutan akan memohon supaya pihak MAHB (Malaysia Airlines Holdings Berhad) mempertimbangkan untuk melaksanakan projek ini secara usaha sama dengan pihak swasta," jelas beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man di Parlimen, pada Rabu.

Menurut Hasbi, cadangan projek naik taraf ini akan melibatkan pertambahan kapasiti terminal daripada dua juta penumpang setahun kepada tiga juta setahun.

Secara khususnya, skop projek menaik taraf Lapangan Terbang Miri kelak akan meliputi pembesaran dan naik taraf bangunan di kawasan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS), penambahan kaunter daftar masuk, pejabat baharu bagi jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat penerbangan, papan tanda dan penunjuk arah, kerja-kerja penambahbaikan di tingkat pertama balai pelepasan, penerapan elemen-elemen Revolusi Industri (IR) 4.0, penambahan Jambatan Menaiki Penumpang (PBB) dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS) yang baharu.

Berhubung dengan isu penyelenggaraan infrastruktur am di lapangan terbang Miri pula, Hasbi memberitahu, MAHB mempunyai kontraktor yang telah dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut.  

Antara kerja-kerja yang dilaksanakan meliputi penyelenggaraan lif dan eskalator pada setiap bulan, serta penyelenggaraan PBB pada setiap suku tahun.

Selain itu, terdapat juga pemeriksaan secara berkala iaitu pada setiap bulan oleh Bahagian Kejuruteraan MAHB di Lapangan Terbang Miri untuk memastikan kesemua peralatan berada dalam keadaan baik dan diselenggara mengikut jadual.  

Hasbi memberitahu, dari segi peruntukan pula, pada tahun 2024, pihak MAHB menyediakan peruntukan sebanyak RM3.42 juta bagi tujuan penyelenggaraan struktur am di Lapangan Terbang Miri.

Hasbi berkata, pada masa ini, Malaysia mempunyai enam lapangan antarabangsa iaitu KLIA1 dan KLIA2, Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang, Langkawi dan Johor Baharu.

Lapangan-lapangan terbang domestik lain termasuk juga Lapangan Terbang Miri berperanan sebagai 'feeder' kepada lapangan-lapangan terbang antarabangsa ini.  

"Walaupun Lapangan Terbang Miri tidak dikategorikan sebagai lapangan terbang antarabangsa ataupun hab-hab penerbangan serantau, namun ia masih boleh mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa berjadual dan tidak berjadual seperti mana lapangan-lapangan terbang domestik yang lain, seperti di Kuantan dan di Ipoh," jelasnya.

Chiew berkata, keperluan untuk menaik taraf dan memodenkan Lapangan Terbang Miri adalah mendesak.

Beliau menerima banyak aduan daripada orang awam tentang keadaan sesetengah infrastruktur yang usang dan kerap mengalami kerosakan seperti PBB, eskalator dan tandas.

Menurut Chiew, Lapangan Terbang Miri telah mengendalikan 2.4 juta penumpang, melebihi kapasiti sedia ada sebanyak 20 peratus.

"Lapangan Terbang Miri memainkan peranan penting dalam ekonomi Sarawak.

"Ia memiliki potensi untuk menjadi sebuah pusat hab satelit di antara Sarawak, Brunei Darussalam, dan Indonesia.

"Dengan lokasinya yang strategik, lapangan terbang ini dapat menjadi titik persilangan utama bagi penerbangan di rantau ini.

"Kehadirannya sebagai hab satelit akan merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan dengan meningkatkan aktiviti perdagangan, pelancongan dan perhubungan antarabangsa," jelasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2024 12:46 PM | Show all posts
Berita baik untuk penduduk di Miri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.079437 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list