Dennis bersama penduduk Long Latei.
MARUDI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dato Dennis Ngau menghadiri majlis ringkas penyerahan sumbangan 1,340 buku kepada Sudut Bacaan Komuniti di Long Latei, baru-baru ini.
Sudut Bacaan Komuniti di Pusat Perkhidmatan Luar Bandar (RSC) Long Latei ini memanfaatkan 15 kampung kaum Penan di sekitar kawasan daerah kecil Long Bedian dalam kawasan Long Latei.
Dennis mengucapkan terima kasih pihak yang telah berusaha berusaha mengumpul dan menyumbang bahan bacaan tersebut.
Turut hadir ialah bekas kaunselor Dominic Nyurang dan Jarau Braim.
|