CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4882|Reply: 1

[Sarawak] Malaysia, Brunei bincang keperluan bina CIQ di Kampung Pendam-Lumapas

  [Copy link]
Post time 15-3-2024 11:59 AM | Show all posts |Read mode


Dr Abdul Rahman (dua kiri) ditemani Sufian (kiri) menyerahkan beg makanan kepada peniaga Bazar Ramadan Limbang.

LIMBANG: Kerajaan persekutuan mengadakan rundingan dengan kerajaan Brunei untuk melihat keperluan membina sebuah Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) baharu berhampiran Kampung Pendam di sini dan Lumapas, Brunei.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata keperluan CIQ itu sudah dibincangkan dua negara sejak dahulu lagi bagi memudahkan perhubungan dan laluan rakyat kedua-dua negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata apabila kemudahan pos imigresen baharu dibina, ia dapat memendekkan perjalanan ke dua negara yang mengambil masa kira-kira 15 minit, berbanding lebih 45 minit jika melalui sempadan Tedungan.

“Ada usaha kerajaan untuk membuka satu lagi CIQ di Pendam, Limbang dan Lumapas di Brunei.

“Ini adalah rundingan antara kerajaan pusat dengan Kerajaan Brunei dan jika dibuka, ia hanya mengambil masa 15 minit perjalanan dari bandar Limbang ke CIQ Pendam, dan daripada Lumapas ke Brunei hanya 15 minit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Bazar Ramadan Limbang di Kawasan Letak Kereta Lot777 Limbang pada Selasa.

Hadir sama Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat.

Kata Dr Abdul Rahman lagi, projek lain yang turut dibincang untuk dilaksanakan termasuk pembinaan kompleks pejabat Majlis Daerah Limbang (MDL) baharu bernilai RM40 juta.

Beliau menambah 2030 akan menyaksikan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan di Limbang siap sepenuhnya termasuk rangkaian jalan raya, projek Tebingan Sungai Limbang dan aktiviti perindustrian turut rancak dan berkembang maju.

Katanya, ia termasuk projek Lebuh Raya Trans Borneo, Jalan Penghubung Sabah dan Sarawak (SSLR), Lebuh Raya Pesisir Utara, Jambatan Sungai Limbang yang dijangka siap menjelang 2030.

Jelasnya, kerajaan negeri dan persekutuan sedang ligat melaksana pelbagai inisiatif untuk membina rangkaian jalan raya menyeluruh menghubungkan Limbang dengan bahagian lain di Sarawak.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2024 12:52 PM | Show all posts
Initiatif yang baik kepada kedua-dua negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.385537 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list