CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4808|Reply: 1

[Sarawak] Tabung Darah Hospital Miri pelawa orang awam terus menderma darah

  [Copy link]
Post time 15-3-2024 11:59 AM | Show all posts |Read mode


MIRI: Tabung Darah Hospital Miri memperlawa orang awam termasuk umat Islam yang menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan agar terus menderma darah.

Tabung Darah Hospital Miri dalam satu kenyataan berkata ia penting untuk memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi dan memenuhi keperluan pesakit yang memerlukan darah.

"Pada bulan Ramadan ini, penderma yang berpuasa masih boleh menderma seperti biasa cuma disarankan untuk membuat pendermaan pada waktu pagi," katanya.

Bagi penderma bukan Islam pula, anda digalakkan untuk datang menderma seperti biasa bagi membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

"Waktu operasi kami adalah seperti biasa iaitu Isnin hinga Khamis dari jam 8 pagi hingga 12.15 tengahari dan disambung dari jam 2 petang hingga 4.15 petang.

Manakala pada Jumaat bermula dari 8 pagi hingga 11.15 pagi dan 2.15 petang hingga 4.15 petang," jelasnya.

Penderma yang berpuasa harus sihat tubuh badan pada hari menderma, memperbanyakkan minum air serta bersahur dan amalkan pemakanan yang sihat serta zat yang tinggi.

Penderma juga harus memastikan mereka tidur secukupnya atau lebih lima jam. Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Tabung Darah Hospital Miri ditalian 085-416657 atau 085-420033.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2024 12:53 PM | Show all posts
Kepada yang berkelapangan boleh menderma darah di Hospital Miri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.058780 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list