CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8853|Reply: 0

[Sabah] Penampang bakal jadi pusat agroindustri, pelancongan baharu

[Copy link]
Post time 15-3-2024 05:54 AM | Show all posts |Read mode


MESYUARAT: Stephen merakamkan gambar kenangan bersama semasa mempengerusikan Mesyuarat Penubuhan MANTAP, di sini.

PENAMPANG: Penampang bakal menjadi pusat agroindustri dan pelancongan baharu apabila inisiatif Taman Agroindustri dan Pelancongan Moyog (MANTAP) dilaksana.

Pengerusi Kumpulan Pelaksana MANTAP Datuk Stephen Sampil berkata, ia sekaligus akan menarik lebih ramai pelancong dan pelawat mengunjungi Penampang terutamanya di

kawasan Moyog, Timpangoh, Terian dan Buayan.

“Sudah tiba masanya untuk Penampang terutama kawasan Penampang Atas untuk mengambil peluang dengan kedatangan jutaan pelancong ke Sabah, secara tidak langsung keadaan ini akan meningkatkan taraf hidup penduduk kampung.

"Walaupun Penampang Atas yang mempunyai pemandangan serta alam semulajadi cantik terletak dekat dengan Bandaraya Kota Kinabalu,  namun hanya segelintir pelancong melawat ke kawasan ini disebabkan ketiadaan kemudahan penginapan dan fasiliti yang berkaitan.

“MANTAP ditubuhkan untuk menangani isu penginapan dan kemudahan ini supaya potensi kawasan ini dapat dimanfaatkan untuk semua pemegang taruh yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Penubuhan MANTAP, di sini.

Stephen yang juga Timbalan Presiden Momogun National Congress (MNC) dan Naib Presiden Dewan Perniagaan Kadazandusun (KCCI) berkata, penubuhan MANTAP selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan

Pembangunan Penampang yang diilhamkan oleh Ahli Parliamen Penampang Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata, komponen utama MANTAP adalah untuk mewujudkan 750 bilik penginapan termasuk kemudahan berkaitan atau 20 bilik penginapan untuk setiap kampung.

“Tempoh pelaksanaan selama lima hingga 10 tahun (2025-2035) dan dengan adanya kemudahan penginapan ini mampu menarik pelancong serta pelawat ke sini,” katanya.

Beliau berkata, untuk menggembleng ekosistem MANTAP, komponen sokongan yang lain akan diteliti dan dibangunkan supaya dapat menyokong komponen penginapan dan kemudahan berkaitan secara efektif.

“Jawatankuasa pelaksana sudah melantik ketua kumpulan masing-masing bagi menyediakan pelan terperinci untuk komponen lain yang di kenal pasti iaitu dasar dan bantuan kerajaan, aktiviti sokongan, produk hiliran, keluaran pertanian, perikanan dan perhutanan, infrastruktur, kommuniti tagal, makanan dan minuman, sukan dan rekreasi, perhubungan internet, pemasaran dan promosi serta pusat maklumat dan konsultasi.

“Apabila dilaksanakan sepenuhnya, MANTAP mampu menjana potensi pendapatan (revenue) sebanyak RM100 juta dan seramai 2,000 pekerjaan serta 500 usahawan baharu untuk ekonomi setempat Penampang.

“Sudah tentu ini akan menjadi satu perubahan untuk pembangunan kawasan Penampang seterusnya membantu kerajaan negeri mencapai hasrat dan ojektif untuk meningkatkan pembangunan ekonomi setempat, memperkasakan kommuniti usahawan, menyediakan pekerjaan kepada penduduk setempat dan seterusnya meningkatkan taraf hidup penduduk kampung,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.059749 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list