CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8998|Reply: 1

[Sabah] Pesta Kalimaran 2024 bukan bahan politik

  [Copy link]
Post time 15-3-2024 05:50 AM | Show all posts |Read mode


RUDY

TENOM: Presiden Pertubuhan Mamagun Sabah (MAMAGUN), Rudy Mairi menafikan sambutan Pesta Kalimaran yang dianjurkan Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDMM) adalah bahan untuk kepentingan politik.

Katanya, sambutan berkenaan adalah kesinambungan kepada sambutan Pesta Kalimaran sebelum ini yang telah diumumkan kerajaan terdahulu supaya ianya disambut secara tetap pada 30 dan 31 Mac setiap tahun.

Beliau berkata, pihak KDMM juga telah memanggil lebih 10 rumpun etnik Murut pada mesyuarat kali pertama penganjuran pesta itu yang berlangsung baru-baru ini agar mereka juga dapat bersama-sama menjayakan Pesta Kalimaran 2024.

"Tidak benar Pesta Kalimaran ini hanya bahan politik, ia diadakan pada setiap tahun sebelum ini tapi tarikhnya tidak tetap, sehinggalah pada 2019 apabila kerajaan pada masa itu umumkan supaya ianya ditetapkan pada 30 dan 31 Mac setiap tahun bagi memartabatkan etnik Murut di negeri ini.

"Selain itu adalah tidak benar kami tidak libatkan persatuan-persatuan di bawah rumpun Murut, kami telah memanggil mereka pada mesyuarat lalu dan mereka bersetuju serta gembira untuk sama-sama menjayakannya," katanya dalam kenyataan, kelmarin.

Rudy berkata demikian sebagai maklum balas terhadap dakwaan Pesta Kalimaran dijadikan bahan politik untuk seorang ahli politik di Tenom.

Beliau menjelaskan, pesta itu bukanlah dianjurkan parti politik tetapi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar iaitu KDMM yang selama ini telah melaksanakan pelbagai program untuk masyarakat KDM.

"KDMM pada tahun lalu juga pernah menghimpunkan orang-orang Sabah di Semenanjung apabila mengadakan santai Kaamatan di Selangor.

"Jadi apa masalahnya jika program-program yang dianjurkan termasuklah Pesta Kalimaran ini bertujuan meraikan suku kaum Murut yang ada di negeri ini.

"Pihak penganjur menjemput orang ramai tanpa mengira latar belakang politik untuk sama-sama meraikannya," katanya.

Sementara itu, Rudy berkata, penganjuran Pesta Kalimaran pada bulan puasa bukanlah satu isu kerana ianya pernah berlaku sebelum ini ketika Pesta Kaamatan.

"Sebelum ini, sambutan Pesta Kaamatan juga pernah disambut pada bulan Ramadan...tidak timbul isu pun, malah pesta itu, pada waktu itu, dihadiri sendiri oleh Yang Dipertua Negeri Sabah.

"Sepeti saya katakan tadi, sebelum ini pernah diumumkan Pesta Kalimaran diadakan pada 30 dan 31 Mac setiap tahun, kebetulan pada tahun ini ianya dalam bulan Ramadan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 04:39 PM | Show all posts
Tidak pernah ke pesta kaum murut ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.472906 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list