CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8764|Reply: 0

[Sabah] Contohi sistem penyampaian DBKK yang cemerlang

[Copy link]
Post time 15-3-2024 05:49 AM | Show all posts |Read mode


CHIN

KOTA KINABALU: Contohi kecekapan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam pengendalian hal seperti pembaharuan lesen perniagaan.

Ketua Bira Aduan Awam Parti Liberal Demokratik (LDP) Chin Vun Pheaw berkata, naik taraf Majlis Daerah Penampang kepada Majlis Perbandaran perlu selari dengan perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam.

"Sistem penyampaian perlu diperkasakan dengan standard naif taraf berkenaan.

"Bagaimanapun, masih terdapat aduan mengenai ketidakpuasan hati orang awam mengenai perkhidmatan yang diberikan, mungkin ia disebabkan kekurangan tenaga kerja atau faktor yang lain.

"Baru-baru ini beberapa aduan telah diterima mengenai kelewatan pihak berkenaan untuk memperbaharui lesen perniagaan.

"Lesen berkenaan masih belum diperbaharui selepas sebulan permohonan pembaharuan dilakukan secara atas talian.

"Contohi DBKK yang mampu mengeluarkan lesen perniagaan dalam tempoh sehari sekiranya pemohonan dilakukan lengkap dengan dokumen-dokumen diperlukan. DBKK adalah contoh terbaik," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, Majlis Daerah atau Perbandaran harus mengguna pakai dasar yang lebih baik untuk memenuhi tanggungjawab mereka kepada orang awam.

Katanya, agak mengecewakan apabila pihak berkuasa tempatan tidak mampu melaksanakan tugas seumpamanya dengan cekap.

"Ketika mengadakan lawatan ke Majlis Daerah Penampang dan bertemu dengan pegawai berkaitan, saya mendapati mereka kekurangan kakitangan, sekali gus melambatkan mereka melaksanakan tugasan harian," katanya.

Katanya, kekurangan tenaga kerja bukan alasan untuk tidak melaksanakan tugas denga cekap, sebaliknya satu usaha mencari jalan penyelesaian perlu dilakukan.

Menurutnya, tidak dinafikan setiap Majlis Daerah atau Perbandaran dalam negeri ini berhadapan dengan masalah sama dan ini memberikan kesan terhadap pembangunan di kawasan masing-masing.

Chin mengingatkan, kerajaan memperkenalkan perkhidmatan atas talian untuk meningkatkan tahap kecekapan kerajaan tempatan dan kerajaan wajar menilai semula sama ada perkhidmatan berkenaan gagal untuk mencapai matlamat yang diinginkan.

Katanya, selepas era pandemik COVID-19, komuniti peniaga dan orang awam cenderung untuk hadir ke jabatan kerajaan bagi
melaksanakan pelbagai urusan bagi mengelakkan perbelanjaan lebihan.

Oleh itu katanya, jabatan kerajaan berkaitan harus memberikan kerjasama terbaik dalam sistem penyampaian dan jangan sesekali merumitkan tugasan yang mudah sehingga menjejaskan orang awam.

Pada Januari lalu, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam ketika melancarkan peralihan Majlis Daerah Penampang kepada Perbandaran berharap kakitangan pihak berkuasa tempatan mampu memberikan perkhidmatan terbaik, berintegriti tinggi dalam memberikan perkhidmatan kepada pemegang taruh serta pembayar cukai.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.077268 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list