CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8787|Reply: 0

[Sarawak] MBOT yakin dapat bantu Sarawak lahir tenaga mahir dalam bidang teknologi

[Copy link]
Post time 15-3-2024 05:47 AM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (tengah) merakam kenangan bersama tetamu kunjungan hormat. Turut kelihatan Siti Hamsiah (dua kiri), Md Fauzi (kiri) dan Cassidy (dua kanan). - Gambar Penerangan

KUCHING: Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) yakin dapat membantu Sarawak melahirkan tenaga mahir dalam bidang teknologi menerusi kerjasama pintar dengan pelbagai jabatan, agensi serta persatuan profesional berkaitan.

Dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sarawak memaklumkan Presiden MBOT Profesor Datuk Ts Ir Dr Siti Hamsiah Tapsir berkata demikian ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata kunjungan hormat tersebut bertujuan membincangkan pembangunan bakat dalam negara dalam bidang teknologi.

Menurutnya MBOT sedia bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) serta berkolaboratif dengan Association of Professional Technicians and Technologists (APTT) dan Persatuan Teknologi Malaysia (TAM).

"Usaha seperti meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada ke peringkat lebih tinggi sekali gus memberi fokus kepada graduan lepasan universiti sedang giat dilakukan dengan penyediaan kursus bersesuaian, latihan dan membantu universiti mewujudkan program yang relevan terutama program perantis.

"Kerajaan negeri memberikan sokongan padu malah turut menyasarkan 10,000 tenaga mahir dilahirkan dalam bidang teknologi di Sarawak suatu masa kelak," katanya.

Siti Hamsiah juga melihat potensi besar Sarawak sehingga mendahului negeri-negeri lain menerusi tenaga diperbaharui seperti  bidang sains komputer, teknologi maklumat, kecerdasan buatan (AI), sektor penerbangan, elektrikal dan elektronik, minyak dan gas serta bahan api bio yang perlu terus diketengahkan.

“Sebagai satu badan profesional, MBOT mengiktiraf dan mengenal pasti bakat dalam bidang tertentu melibatkan 24 bidang kesemuanya untuk dikuasai.

“Sarawak bergiat maju dalam pembangunan teknologi seperti yang kita lihat berkaitan hidrogen, penggunaan bahan api hidrogen oleh pengangkutan awam, Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) dan kita akan terus menyokong usaha kerajaan negeri dalam mengembangkan kelebihan ini,” kata Siti Hamsiah.

Turut hadir ialah Pendaftar MBOT Dr Md Fauzi Md Ismail dan Timbalan Pengarah (Sektor Infrastruktur) Jabatan Kerja Raya Cassidy Morris.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.104539 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list