CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8591|Reply: 0

[Sarawak] Tun Wan Junaidi dimasyhur sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia

[Copy link]
Post time 15-3-2024 05:40 AM | Show all posts |Read mode


Tun Wan Junaidi (kiri) menerima Pingat Bintang Semangat Padi Kelas Pertama Emas (BSP-I) Persekutuan Pengakap Malaysia daripada Mohd Zin di Astana Negeri. - Gambar BERNAMA

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jafaar hari ini dimasyhurkan sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sarawak, istiadat pemasyhuran berlangsung semasa sesi kunjungan hormat Persekutuan berkenaan yang diterajui oleh Ketua Pengakap Malaysia Mejar Jeneral (B) Profesor Datuk Dr. Mohd Zin Bidin terhadap Tun Wan Junaidi di Dewan Menghadap Utama, Astana Negeri di sini.

Pemasyhuran beliau sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia adalah selaras dengan Perkara 11(2) Dasar Pertubuhan dan Peraturan (POR) Persatuan Pengakap Malaysia.

Semasa kunjungan itu, Mohd Zin turut menyempurnakan Istiadat Pengkurniaan Bintang Semangat Padi Kelas Pertama – Emas (BSP-I) kepada Tun Wan Junaidi.

BSP-I merupakan Pingat Bintang tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia yang amat terhad serta eksklusif dan hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang dalam kalangan pemimpin negara dan negeri.

Mohd Zin yang ditemui pemberita selepas kunjungan itu berkata, Persekutuan Pengakap Malaysia berbesar hati dapat menganugerahkan pingat tertinggi itu kepada Tun Wan Junaidi.

“Tun Wan Junaidi amat prihatin dengan (persekutuan) Pengakap kerana beliau juga merupakan bekas Pengakap semasa di sekolah.

“Beliau pernah mengikuti kursus yang melayakkan beliau untuk menerima anugerah Manikayu, sekali gus menjadikan beliau sebagai Ahli Parlimen pertama menerima anugerah tersebut,” ujarnya.

Tambah Mohd Zin, Tun Wan Junaidi juga pernah menjadi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sarawak dan mengendalikan sebuah Jambori Pengakap berskala besar di Sarawak, iaitu BIMP-EAGA Jamboree.

Dalam perkembangan yang sama, beliau memaklumkan bahawa Persatuan Pengakap Malaysia berhasrat untuk menganjurkan jambori pengakap dunia di Sarawak.
“Kita memerlukan tanah yang luas iaitu sehingga 100 hingga 200 ekar (untuk penganjuran jambori tersebut).

“Tanah (yang luas) di Semenanjung agak sukar didapati dan memandangkan Sarawak merupakah sebuah negeri yang besar, mungkin Kerajaan Sarawak tertarik untuk melaksanakan jambori di peringkat dunia di sini,” katanya.

Untuk rekod, Tun Wan Junaidi pernah menyandang jawatan Pengerusi Persekutuan Pengakap Kuching bermula dari 1974 hingga 1992 dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sarawak dari 1993 hingga 2009.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.175648 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list