CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8575|Reply: 0

[Sarawak] MDLBS pantau aktiviti kawalan tikus oleh MAHB

[Copy link]
Post time 15-3-2024 05:35 AM | Show all posts |Read mode


Sempurai (duduk, tengah) pada sidang media di bilik mesyuarat MDLBS hari ini.

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) akan melakukan pemantuan secara berkala terhadap aktiviti kawalan tikus yang dijalankan oleh pihak Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB).

Pengerusinya Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai berkata, semua pihak akan bekerjasama dalam mengekalkan tahap kebersihan yang baik di dalam kawasan lapangan terbang.

"Pihak majlis telah menjalankan aktiviti pemantauan dan pemeriksaan premis di Lapangan Terbang Sibu pada 24 Februari lalu, susulan daripada aduan terdapat kehadiran tikus dikenal pasti di sebuah premis makanan di dalam lapangan terbang tersebut.

"Pemeriksaan itu bagi memastikan kebersihan terkawal, semua pengendali makanan menjalani pemeriksaan kesihatan dan menghadiri kursus pengendalian makanan, memastikan tiada laluan tikus dan lipas masuk ke dalam premis dan memastikan aktiviti kawalan tikus dan serangga dijalankan," ujarnya pada sidang media di bilik masyuarat MDLBS hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati bahawa tahap kebersihan di semua premis lapangan terbang adalah berada pada tahap yang memuaskan.

"Pada masa yang sama, pihak majlis turut menjalankan aktiviti memasang perangkap tikus di sekitar kawasan Lapangan Terbang Sibu untuk mengesan kehadiran tikus.

"Hasil daripada pemasangan perangkap tikus mendapati bahawa kehadiran tikus telah dikesan di kawasan lapangan terbang," jelasnya.

Katanya, pihak pengurusan lapangan terbang telah dimaklumkan dan surat telah dikeluarkan untuk mengambil langkah kawalan tikus bagi menghapuskan tempat pembiakan tikus yang terdapat di kawasan lapangan terbang.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi MDLBS Wong Ching Yong dan Setiausaha MDLBS Ng Siang Wei.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.067581 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list