CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11374|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kereta menggelongsor langgar gerai, peniaga bazar Ramadan melecur terkena minyak panas

[Copy link]
Post time 14-3-2024 04:26 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video viral insiden kereta langgar gerai di Bazar Ramadan Kuala Klawang, Jelebu, kelmarin.

JELEBU: Seorang peniaga bazar Ramadan di Kuala Klawang, di sini, melecur terkena minyak masak selepas gerainya dirempuh sebuah kereta menggelongsor.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Maslan Udin, berkata kejadian jam 5.45 petang kelmarin dipercayai selepas sebuah kereta diletak di hadapan gerai menggelongsor sebelum melanggar gerai milik peniaga lelaki berusia 40 tahun asal Nilai itu.

"Kuali yang dipenuhi minyak panas tertumpah dan terkena mangsa sehingga melecur 25 peratus bahagian belakang badan, paha dan betis sebelah kiri.

"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Jelebu dengan ambulans sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Katanya, ketika kejadian, dipercayai ada dua kanak-kanak dalam kereta terbabit tanpa pengawasan ibu bapa dan polis juga masih menyiasat kes itu kerana tidak mematikan enjin ketika meninggalkan kenderaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi Sarjan Azani Jusoh di talian 016-9752980.

https://www.bharian.com.my/berit ... madan-melecur-terke

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.062221 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list