CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2435|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Untung orang Nisimlan, telefon dan internet laju

[Copy link]
Post time 14-3-2024 02:08 PM | Show all posts |Read mode

AMINUDDIN Harun ketika sidang media pada Majlis Pemuktamadan Pembinaan 27 Menara Telekomunikasi Baharu Pelan Jendela Fasa 1 di Kampung Rambai Baris. FOTO Azrul Edham

Jelebu: Dalam usaha memastikan penduduk luar bandar di Negeri Sembilan mendapat liputan dan perkhidmatan komunikasi serta internet terbaik, sebanyak 27 menara telekomunikasi baharu akan beroperasi tahun ini.

Menteri Besarnya Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pembinaan menara itu dilaksanakan menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) Fasa Satu oleh Edotco Malaysia Sdn Bhd.

Katanya, kesemua menara telekomunikasi di bawah pakej Jendela Fasa Satu itu sudah siap dibina pada tahun lalu dan kini dalam fasa pemasangan peralatan telekomunikasi oleh syarikat-syarikat telekomunikasi.

"Bagaimanapun setakat ini, sebanyak lapan daripada 27 menara telekomunikasi itu sudah beroperasi manakala baki 19 menara lagi dalam proses pemasangan peralatan termasuklah penyediaan infra gentian optik bagi menghubungkan data komunikasi dari satu menara ke menara lain.



"Saya berharap baki 19 menara telekomunikasi ini dapat beroperasi selewat-lewatnya pertengahan tahun ini atau suku ketiga tahun ini," katanya pada Majlis Pemuktamadan Pembinaan 27 Menara Telekomunikasi Baharu Pelan Jendela Fasa 1 di Kampung Rambai Baris di sini, tadi.

Hadir sama Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias; Pengerusi Jawatankuasa Warisan dan Adat Melayu,Teknologi,Inovasi dan Digital negeri, Datuk Mohd Faizal Ramli dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Edotco Mohd Adlan Ahmad Tajudin.

Aminuddin berkata penyediaan perkhidmatan akses jalur lebar yang kondusif adalah menjadi keutamaan dalam menuju ke arah era pendigitalan.

Dalam perkembangan lain, Aminuddin berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah mengenal pasti 26 lagi kawasan baharu bagi pembinaan menara telekomunikasi di bawah pakej Jendela.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-dan-internet-laju

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.233188 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list