CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2420|Reply: 0

[Johor] Kelindan lori mengaku rogol kenalan di hotel bajet

[Copy link]
Post time 14-3-2024 02:07 PM | Show all posts |Read mode

SYAZWAN dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen selepas mengaku merogol kenalan di sebuah hotel bajet. FOTO Alias Abd Rani

Muar: "Kamu cakap suka sama suka, tapi dia masih kanak-kanak bawah umur. Perbuatan itu tetap salah dan dianggap merogol," kata Hakim Abu Bakar Manat sebelum menjatuhkan hukuman terhadap kelindan lori yang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan merogol dan amang seksual fizikal kenalan bawah umur hujung bulan lalu.

Muhammad Syazwan Akmal Mohd Hanafadil, 27, dihukum penjara lima tahun dan lima sebatan selepas mengaku salah atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kenalan berusia 16 tahun, pada jam 9 pagi, 20 Februari lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa merogol mangsa dalam sebuah bilik, pada jam 8 pagi, 23 Februari lalu dengan semua kejadian ini berlaku di sebuah hotel bajet dekat Sungai Abong, di sini.



Mengikut fakta kes, tertuduh mengenali mangsa kerana kerap singgah makan di kedai milik ibu kanak-kanak terbabit.

Pada hari kejadian, tertuduh, membawa mangsa kononnya mahu mengajak keluar makan sebaliknya melencong ke sebuah hotel di tengah bandar Muar.

Kejadian disedari ibu mangsa sebelum bertanyakan perkara sebenar dan remaja itu menceritakan dia sudah melakukan perbuatan itu dengan tertuduh.

Satu laporan polis dibuat mangsa dan tertuduh berjaya ditahan di sebuah rumah di Jalan Bakri, di sini pada jam 3.30 pagi, 8 Mac lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan mangsa berbanding tertuduh.

Selepas mengambil kira rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah kemudian menjatuhka hukuman penjara dua tahun dan satu sebatan bagi kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) manakala Seksyen 376 (1), tiga tahun dua sebatan.

Mahkamah memerintahkan hukuman oenjara berjalan serentak bermula tarikh tertuduh ditahan 8 Mac lalu, serta perlu menjalani pengawasan polis setahun sebaik selesai menjalani hukuman.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... alan-di-hotel-bajet

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.230770 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list