CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2071|Reply: 0

[Perlis] JAIPs kenal pasti 10 'port' geng plastik hitam

[Copy link]
Post time 14-3-2024 12:23 PM | Show all posts |Read mode
JAIPs kenal pasti 10 'port' geng plastik hitam


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



GAMBAR hiasan




Kangar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) mengenal pasti 10 lokasi tumpuan dalam kalangan kaki ponteng puasa di Perlis pada Ramadan ini.

Pengarahnya, Najmuddin Abdul Karim berkata, berdasarkan operasi dan pemantauan pihaknya mendapati lokasi berkenaan adalah premis yang berulang kali dijadikan lokasi kaki ponteng puasa membeli makanan dan minuman ketika Ramadan.

"Walaupun tidak banyak tetapi kita boleh katakan bahawa kebanyakan daripada 10 premis premis ini adalah terdiri daripada pengusahanya beragama Islam dan berulang kali diserbu.

"Ada yang dikenakan tindakan kerana melanggar peraturan yang termaktub dalam Seksyen 25(1)(A) Enakmen Jenayah Dalam Syarak (EJDS) Negeri Perlis 1991 (Pindaan 2012).

"Peraturan ini melarang sama sekali sebarang peniaga yang beragama Islam menjual makanan dimasak kepada orang Islam sebelum jam 2 petang pada bulan Ramadan.

"Selain itu juga, ada orang Islam yang sengaja makan di restoran bukan Islam bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa agama," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, bagi menjaga kesucian Ramadan, JAIPs juga tidak terkecuali daripada melakukan operasi bermula pada awal sehingga akhir Ramadan.

"Operasi juga dilakukan berterusan termasuk dengan kerjasama polis, Majlis Perbandaran Kangar Perlis (MPKPs) dan Jabatan Kesihatan Negeri," katanya.



Disiarkan pada: Mac 14, 2024 @ 12:13pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.086875 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list