CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2163|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Mari selamatkan Masjid 200 tahun

[Copy link]
Post time 14-3-2024 12:13 PM | Show all posts |Read mode

ALI menunjukkan keadaan Masjid asal di Kampung Parit Istana, dekat Seri Menanti yang penuh dengan nilai sejarah kini berada keadaan 'uzur. FOTO Azrul Edham

Kuala Pilah: Usia masjid ini mencecah lebih 200 tahun dan didakwa dibina secara bergotong royong oleh penduduk kampung pada 1796, meskipun tiada catatan rasmi pembinaannya.

Bagaimanapun masjid asal di Kampung Parit Istana, di Seri Menanti, di sini, yang penuh dengan nilai sejarah kini dalam keadaan 'uzur' dan menunggu masa untuk rebah.

Bekas Pengerusi Masjid Kariah Parit Istana, Md Razali Abdullah, 69, berkata, berdasarkan cerita diwarisi, masjid ini dibina secara bergotong-royong pada 1796, namun tiada rekod rasmi dicatatkan.

"Kini tiada lagi generasi yang tahu susur galur pembinaannya.



"Bagaimanapun, daripada maklumat dan bukti yang ada, terdapat empat tiang seri di dalam masjid ini yang mewakili empat suku yang ada di kawasan ini," katanya ketika ditemui.

Jelas Md Razali, setiap tiang mempunyai ukiran bermotifkan alam semulajadi yang berbeza mewakili suku Anak Acheh, Biduanda, Selemak dan Tiga Nenek.

"Dahulu tangganya dipercayai diperbuat daripada kayu dan terdapat satu tempayan besar di sisinya yang berisi air. Ia digunakan untuk membasuh kaki sebelum ditukar kepada tangga simen yang kita lihat kini.

"Pintunya dibina rendah dipercayai untuk mengajar masyarakat ketika itu mengenai adab dan rasa hormat yang mana jemaah yang masuk akan tunduk," katanya.

Anak jati Kampung Parit Istana, Baharin Mhd Nor, 64, berkata, masjid itu diperbuat daripada kayu hutan yang diambil dari kaki Gunung Angsi dan ia ditarik keluar menggunakan kerbau.

"Jika kita lihat kebanyakan tiang, dinding dan lantainya masih kukuh walaupun berusia lebih 200 tahun. Pada asalnya masjid ini dibina tanpa menggunakan paku dan hanya menggunakan teknik pasak," katanya.

Pengerusi Masjid Kariah Parit Istana, Md Ali Mat, 69 berkata, bangunan masjid baru dibina bersebelahan masjid lama pada 1968.

"Melihat kepada masjid lama ini, ia amat menyedihkan kerana sehingga kini ia terbiar tanpa sebarang usaha baik pulih sedangkan ia mempunyai nilai sejarah kepada negara khususnya kepada tradisi Minangkabau di Negeri Sembilan.

"Pada 2019, Jabatan Warisan Negara datang untuk melihat dan membuat kajian mengenai masjid ini dan memaklumkan ia akan diwartakan sebagai tapak warisan.

"Bagaimanapun, saya difahamkan masjid ini tidak diwartakan dan sehingga kini tiada usaha untuk membangunkannya semula. Sayang jika dibiarkan begitu sahaja.

"Jika ada mana-mana pihak yang dapat menyumbang atau berniat membaik pulihnya, saya rasa dapat bekerjasama dengan pihak yang terbabit supaya ia dapat dikekalkan dan dijadikan sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-masjid-200-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.048778 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list