CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2038|Reply: 0

[Perlis] Tak boleh elak naikkan harga, bahan mentah makin mahal - peniaga bazar Ramadan

[Copy link]
Post time 14-3-2024 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Tak boleh elak naikkan harga, bahan mentah makin mahal - peniaga bazar Ramadan


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



RIDZUAN sentiasa memastikan harga makanan di premisnya masih terkawal agar dapat dinikmati oleh pelanggan yang datang di Bazar Ramadan Arau. FOTO Aizat Sharif




Arau: Kenaikan pelbagai barangan mentah menjadi faktor utama kenaikan harga makanan sekitar lima hingga 15 peratus di bazar Ramadan di sekitar Perlis sejak permulaan Ramadan Selasa lalu.

Malah, peniaga mendakwa kenaikan harga makanan tidak dapat dielakkan namun mereka masih mengawal kenaikan supaya harga masih berpatutan.

Tinjauan di Bazar Ramadan Arau mendapati kenaikan harga makanan seperti ayam panggang, roti John dan kuih muih lain.

Peniaga, Khairul Ridzuan Mat Nor, 34, berkata sudah lapan tahun dia berniaga ayam panggang di bazar Ramadan dan kenaikan harga untuk tahun ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkannya.

"Tahun lalu saya jual ayam panggang sekitar RM24 seekor namun disebabkan kenaikan harga bahan mentah seperti ayam segar dan bawang menyebabkan saya terpaksa menaikkannya sebanyak RM2.

"Memang tak boleh elak, ayam segar sekarang pun sudah RM9.20 sekilogram ditambah pula bawang pada waktu ini seguni harganya mencecah RM37 walhal tahun lalu harganya sekitar RM20 seguni," katanya.

Bagi peniaga kuih yang mahu dikenali sebagai Sal berkata, dia juga terpaksa menaikkan harga jualannya disebabkan mahu menampung modal di atas kenaikan harga bahan mentah.

"Jika sebelum ini kebanyakan kuih dijual dengan harga RM2 bagi empat biji kuih namun kali ini ia terpaksa dinaikkan sebanyak RM1.

"Bukan sengaja naikkan harga tetapi saya perlu ambil kira juga harga bahan mentah yang semakin hari semakin mahal malah pastinya harga bahan mentah terus meningkat menjelang Aidilfitri nanti," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perlis, Norazah Jaapar berkata, pihaknya tidak menafikan berlaku sedikit kenaikan harga makanan di sekitar Bazar Ramadan di negeri itu.

"Tinjauan kami lakukan di beberapa buah Bazar Ramadan di Persiaran Wawasan, Bintong, Kuala Perlis, Kangar dan Arau mendapati kenaikan harga yang ditawarkan peniaga tidak ketara iaitu lima hingga 15 peratus.

"Pelanggan sendiri mempunyai banyak alternatif dalam memilih atau membeli makanan dengan harga berpatutan mengikut kemampuan mereka.

"Setiap tahun KPDN membuat pemantauan dan kita mendapati ada makanan dan minuman yang masih mengekalkan harga lama seperti air balang yang masih ada dijual antara RM2 hingga RM3 dan jika beli dua bungkus boleh dapat RM5 dan ada kuih muih masih terus dijual dengan harga RM2 hingga RM2.50," katanya selepas mengadakan pemeriksaan di Bazar Ramadan Dataran Niaga Arau di sini semalam.



Disiarkan pada: Mac 14, 2024 @ 11:24am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.091635 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list