CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1910|Reply: 0

[Sarawak] Fatimah enggan ulas isu tular lelaki Cina mengahwini dua wanita

[Copy link]
Post time 14-3-2024 05:25 AM | Show all posts |Read mode


FATIMAH

KUCHING: “Perkara tersebut berada di luar bidang kuasa saya, namun umum mengetahui undang-undang perkahwinan sivil hanya membenarkan individu untuk berkahwin dengan seorang pasangan sahaja.”

Demikian kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah ketika diminta mengulas mengenai tular beberapa gambar hari ini yang memaparkan seorang lelaki berbangsa Cina kononnya mengahwini dua wanita pada majlis resepsi perkahwinan yang diadakan di sebuah restoran di Kuching, malam tadi.

Gambar berkenaan seterusnya telah membawa kepada perdebatan mengenai poligami dalam kalangan orang bukan Islam di negeri ini.

“Di Sarawak, terdapat beberapa jenis perkahwinan iaitu sivil, adat dan yang membabitkan orang Islam; setiap satu daripadanya mempunyai peraturan mahupun undang-undang masing-masing yang perlu diikuti.

“Saya percaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memberikan penjelasan yang lebih terperinci mengenai perkara tular tersebut,” ujar beliau ketika ditanya pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Taklimat Persediaan Penganjuran Para SUKMA Ke-21 di kediamannya di Petra Jaya di sini, hari ini.

Fatimah juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, selain menegaskan bahawa ia berada di luar bidang kuasanya selaku menteri.

Terdahulu, seorang lelaki tempatan tular di media sosial selepas gambarnya bersama dua pengantin perempuan dalam satu majlis resepsi perkahwinan tersebar di Facebook.

Salah satu gambar menunjukkan kedua-dua pengantin perempuan dan pengantin lelaki memakai pakaian perkahwinan tradisional Cina mereka manakala satu lagi menunjukkan pengantin lelaki berganding bahu dengan pengantin perempuannya dalam pakaian perkahwinan gaya Barat.

Perkara ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, kebanyakannya mengucapkan tahniah dan kagum kepada pengantin baru berkenaan.

Walaupun poligami sah di Malaysia dalam bentuk poligini iaitu antara seorang lelaki hingga empat isteri, ia hanya dibenarkan bagi orang Islam sahaja.

Bagi bukan Islam, poligami tidak dibenarkan di bawah Undang-undang Persekutuan Malaysia - Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 kerana undang-undang hanya mengiktiraf perkahwinan monogami dan mana-mana perkahwinan selain daripada itu dianggap tidak sah.

Dalam pada itu, portal rasmi JPN Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa seseorang yang telah berkahwin secara sah di bawah mana-mana undang-undang tidak boleh berkahwin lagi dengan sah dengan seseorang lain semasa perkahwinan ini masih berterusan sama ada di Malaysia atau di mana-mana negara lain.

Menurut portal itu juga, jika seseorang yang telah berkahwin dengan sah di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman berkahwin lagi dalam masa berterusnya perkahwinan itu dan dalam hayat suami atau isteri, maka ia disifatkan sebagai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 494 Kanun Keseksaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.501486 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list