MENYELERAKAN: Nasi Beriani yang sememangnya menjadi pilihan terbaik pelanggan
KOTA KINABALU: Sempena dengan bulan Ramadan yang disambut, Gabion Bistro, ibis Styles Kota Kinabalu menawarkan juadah berbuka puasa yang menyelerakan.
Terletak di Pekan Inanam, tema yang digunakan tahun ini adalah Iftar Nostalgia dengan menawarkan lebih 80 jenis hidangan Ramadan yang disediakan oleh pasukan kulinari tempatan.
Harga tempahan awal adalah pada RM88 untuk seorang dewasa, sementara harga normal yang ditawarkan adalah RM98.
Manakala, warga emas dan kanak-kanak boleh menikmati hidangan-hidangan yang istimewa ini pada harga RM49 setiap seorang.
Selain hidangan yang menyelerakan, pelanggan juga akan diberikan layanan terbaik sepanjang berada dalam restoran berkenaan.
TERBAIK: Pasukan kulinari Gabion Bistro ketika menyediakan hidangan seperti satey dan kambing bakar.
https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/12/gabion-bistro-tawar-juadah-berbuka-puasa-menyelerakan
|